Pada hari Jumaat, aktivitinya ialah mengecat pagar.
Persiapan diri sendiri:
1. Mandi dan buang air besar dahulu.
Kalau tidak, tengah-tengah mengecat nak terberak susah. Kalau tak mau berak, the day before tu makan buah prun. Tak pun dah kronik sangat, ambik syrup lactulose.
2. Sunblock.
Kalau tidak, nanti hitam pulak kulit. Kalau pagar tu di bawah bumbung ok juga. Tapi kalau di bawah panas terik, jadi Kunta Kinte.
3. Proper attire
Pilih baju yang kalau kena tumpah cat pun, tak de la rasa nak terkilan sangat.
Persiapan pagar yang nak dicat.
1. Bersihkan pagar dari tahi burung dan segala benda kekotoran.
Kalau malam sebelum tu hari hujan lebat, bersyukur la pada Yang Maha Esa kerana menyenangkan aktiviti mengecat.
2. Lapik dengan surat khabar lama. Letak pemberat supaya kertas sotkabar tak melayang ke rumah jiran.
Persiapan bahan-bahan.
1. Guna cat yang sesuai. Non dripping preferably. Cat untuk pagar, bukan cat simen, atau cat kayu. Warna ikut citarasa sendiri la.
2. Berus cat.
3. Stool untuk mencapai tempat yang tinggi.
4. Thinner
Dan apa lagi...mulakan mengecat, dari atas ke bawah mengikut daya graviti. Bila dah habis, sila kemas semua barang supaya tidak bersepah.
NOTA:
1. Kiranya henfon berbunyi waktu mengecat, well...kalau panggilan tu tak penting, tak perlu la jawab. Sebab sekali berus tu dah kena cat, kalau dibiarkan lama, nanti dia jadi keras.
2. Waktu yang sesuai, preferably weekdays, selepas orang semua dah pergi kerja, budak sekolah dah pergi sekolah. Kalau tidak, diorang tengok dah segan pulak.
3. Kiranya Makcik Yan busybody lalu depan rumah, buat-buat je tak nampak. Susah nak bertegur sapa waktu tengah kusyuk mengecat ok. Perlu fokus dengan kerja cat-mengecat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan