Jumaat, 23 April 2010

Stress

Kalau pagi semalam aku habiskan masa selama 10 minit untuk berak, tapi hari ni aku menambah sikit masa kepada 15 ke 20 minit (aku tak sure sangat la, sebab aku masuk bilik air pukul 6, siap mandi semua sekali pukul 6.30). Kali ni macam ada fresh blood pulak, tapi tak la rasa sakit sangat macam 4 hari lepas. Kali kedua masuk toilet kat ofis, ingatkan lama, rupanya kejap aje dalam 5 minit, sebab sebelum tu aku dah makan buah betik. Ada sikit darah dan ada sikit sakit bila dia keluar kat hujung anus tu. Mungkin aku patut sambung lagi makan Daflon untuk 3 ke 4 hari. Sepatutnya consume Faber Max awal sikit dari malam tadi (malam tadi dah dekat nak masuk tidur baru minum). Ni angkara stress ni. Aku pasti.
Bila aku pikir balik, apakah benda yang paling aku stress sekarang ni?
Yang pertama, kerja banyak ke? Haa.. memang banyak pun. Ada 2 report district yang aku belum siapkan. Padahal aku boleh je suruh scientific officer yang pergi visit dengan aku yang buat, tapi aku rasa aku nak siapkan jugak report tu sendiri. Kan saja cari padah?
Yang keduanya aku stress sebab aku rasa macam takde kawan. CME pagi tadi, aku nampak Kak Sag, Kak Non, Mek dan Kawan Mek (aku agak dia anak orang kaya) pegi sama-sama, tapi diorang takde pelawa aku pun nak join diorang. Ke memang aku ni yang tak pandai nak berkawan? Aku susah sikit la jugak nak join diorang kalau diorang nak pegi makan, sebab diorang suka discuss bab bab rumahtangga, yang menyebabkan aku akan rasa tersisih.
Yang ketiga, aku rasa macam orientation houseman aku kena jaga, RCPA aku in-charge, padahal hari tu discuss tak habis pun, alih-alih last minute aku tibai je bubuh answers aku sendiri untuk 2 soalan. At the same time, cyto aku jaga. Ni pun nasib baik aku dah bagi data kat Dr Suara Lembut kat KL, KIV for privatisation. Cakap pasal cyto, ada sorang staf baru report duti hari Jumaat lepas, Selasa dia EL. Khamis baru aku nampak dia, tu baru aku tanya, lu sapa? Baru la dia nak kenalkan diri. Ehh...
Yang keempat, Kak Ani yang dah pindah pegi Taiping meng-pass-over kan case yang dia refer ke KL, pastu suruh aku in charge. Aku tanya Raz kat KL, macam mana report? Dia kata, dia dah fax last week, ke admin office, tapi apsal aku tak dapat apa-apa pun? Dia fax sekali lagi, pastu yang keluar kat machine fax tu cuma letter head department dia. Aku dah maleh nak mintak Raz fax sekali lagi. Lastnya aku call pembantu tadbir kat KL tu, mintak dia tolong bacakan report, interpretation nya sama macam Kak Ani. So aku tau la nak jawap apa bila Dr Zam tanya aku pasal report tu.
Yang keempat, aku rasa macam Dr Tiada Hujan lebih suka ajak Kak Sag pegi meeting dengan director JKN, walhal aku pun HOU jugak, apsal aku tak dijemput sama? Dr Tiada Hujan risau aku bukak mulut luas sangat ke?
Yang kelima, masa orientation houseman yang dah terlewat bab LIS, kable LCD tu hilang. Houseman ni pun satu hal, orang suruh datang pukul 8.30 depa datang pukul 9.30. Adakah kable LCD tu hilang pun, patut aku ke yang cari? Aku rasa macam nak hentak je kepala ...kepala sapa ekk? Kepala houseman ke? Atau kepala orang yang telah misplacekan kable lcd tu dia pegi letak dalam beg laptop, bukan beg lcd.
Mek dan Kawan Mek asik nak tunjuk case kat aku. Kengkadang benda yang benign pun nak tunjuk. Renal biopsy. Tu ko kena baca la. Ingat aku macam magic bullet aje ke semua benda tau? Liver biopsy. Pun ko kena baca. Reason ko tak penah tengok case tu masa student so masa dah jadi paka ko tak boleh nak report sendiri benda tu, adalah reason yang sangat tak valid dan menampakkan kemalasan engko untuk refer buku. Lymphoma. Nak tunjuk case kat aku, buat la stain yang patut-patut. CD3 dengan CD20 aje ke yang pernah terlintas di kepala otak mu....
Punca aku sembelit dan berak berdarah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan