Kesimpulan yang dapat aku simpulkan ialah lawatan ke Beijing ini telah membuka mata aku melihat sendiri kehidupan orang di Beijing, macam mana bezanya diorang berbanding dengan orang di Malaysia. Macam mana kehidupan diorang yang sangat suka exercise. Pemakanan diorang yang banyak sayur-sayuran sampai penuh sepinggan untuk kami hidangan dua orang. Sampai bila aku balik Malaysia, penyakit sembelit aku beransur pulih. Lawatan ke tempat-tempat macam Pearl Centre, Jade Factory, Dr's Tea telah memberikan aku peluang untuk mengabiskan duit. Beli teh satu bekas dah dekat seratus duit Malaysia, pada aku sangat mahal, tapi dah termakan budi dihidangkan dek orang tu minum teh, kena la beli. Lagi pulak dia cakap teh Oolong untuk kesihatan, Golden Green Tea untuk kecantikan, takkan la aku tak terpengaruh pulak kan nak beli teh tu. Semua orang nak sihat. Semua orang nak cantik. Kat Herbal Centre, siap kasi foot massage, tapi time tu aku tak termakan budi pun, malah bengang lagi ada sebab tabib tibet tu cakap aku ada renal dan liver problem. Hopefully she's wrong. Adik beli jugak herba untuk rendaman kaki. Maklumla, elok la dia beli, kot mau kaki dia jadi macam kaki Lin Dan kan. Athlete cina yang bertanding untuk sukan Olympic pegi situ untuk rawatan Fisio depa. Lawatan ke Burning Cream Centre, aku dapat menahan godaan dari membeli krim dia. Kat Pearl Centre tu pun ada jugak promote pearl cream. Tapi pada aku, cream mream ni aku tak berani le nak pakai. Mana tau fat-based dia tu derive dari mana kan. Lawatan yang paling mencabar kekuatan fizikal ialah Great Wall of China, sebab mendaki gila penat. Lawatan paling sejarah mejarah, aku rasa Tiananmen Square dan Forbidden City, menyebabkan aku terkenang Chow Yuen Fatt jadi Maharaja. Lawatan yang paling menginsafkan aku sebagai seorang warga Muslim bertuah adalah ke Masjid Niu Jie dan Masjid Nan Dou Ya. Sesungguhnya hujan emas di negeri orang, lebih baik negeri sendiri. Sungguhpun sayur stir fried kat Beijing tu sedap dimakan, (walaupun lauk-lauk daging, ayam dia kureng sikit), takkan dapat mengalahkan sedap dan ada ummpphhh-nya roti canai kat ground floor apartment adik tu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan