Hari ni masuk hari ke 15 kita berpuasa. Dari banyak-banyak hari kita puasa tu, aku rasa semalam le hari yang aku paling busy. Nak kata busy sebab banyak slides, tak jugak. In fact, bulan puasa ni aku rasa workload tu kurang. Slide tak banyak, tapi songel yang banyak. Aku tak nak mengulang benda-benda yang aku pernah bebelkan pasal m.o m.o aku, tapi aku rasa diorang masih buat benda yang sama iaitu memeram slide atas meja, walaupun tak tau diagnosis, perammmmm je. Dah la kes alopecia. Sangat aku tak arif!!!
Songel kedua ialah tetiba En.Awet Muda mintak aku present pasal NCR. Hah..tu dia. Dia cakap orang lain semua dah present, tinggal aku je belum sebab hari tu aku cuti lama. Hmm...ok. Tu boleh je. Aku present aje la apa-apa yang aku dah usahakan selama ni. Aku dah susun bukti-bukti nak tunjuk kat mesyuarat pukul 3.30 petang karang.
Songel ketiga ialah mendraf surat untuk diberi pada Tuan Direktor tentang nak menaiktaraf bilik screener tu. Aku tunjuk surat kat Cik Murano, dia kata tambah sikit kat bahagian penambah-baikan tu, jadi dua kali je aku draf, terus aku sign dan hantar kat P.A Zee Bozz untuk sign dia. Done.
Sebelum balik rumah, aku sempat singgah supermarket jap. Nak beli detergent, pelembut kain, susu segar dan minuman yogurt. Pelembut kain tu, ada yang biasa aku pakai perasa relaxing rose. Ada jugak perasa lain yang kaler botol dia merah kuat tu, kalau dalam iklan tv cakap kalau guna perasa yang tu, baju tu akan berbau seolah-olah macam kita pakai perfume. Aku tengok harga perasa relaxing rose dengan perasa merah kuat tu sama. Tapi botol perasa merah kuat tu kurang 100ml. Ooooo..tu tektik berniaga kan. Balik rumah, aku berbuka dengan puding roti yang aku masak the day before, dengan kurma 3 bijik. Tak sempat nak masak-masak lagi. Lepas magrib, aku tertidur kepenatan.
Bangun dari tidur, dah pukul 10 malam. Aku terawih 8 je. Witir aku tak buat.
Songel keempat pula ialah menyiapkan power point presentation. Yang ni tak susah bagi aku, sebab aku surf je internet, click aje kat Wikipedia tu, haaa...berlambak idea datang. Errr...aku rasa masih ada kekurangan dalam presentation yang aku buat tu, iaitu tak mention pasal contraindication. Err..tapi sebab bukan aku yang nak present, aku cuma tolong aje, jadi aku buat apa yang patut. Malam tadi, pukul 12.30malam, siap la power point itu, tapi malangnya bila aku nak emelkan pada orang berkenaan, broadband aku ada problem. Mata dah mengantuk, so pagi ni aku dah emelkan pada dia.
Songel kelima...err...ep! Ni bukan songel. Ni ialah mencuba kreativiti. Aku masak ayam masak merah sebelum aku buat power point presentation tu tadi. Mula-mula ayam tu aku goreng. Kemudian aku tumiskan Rempah Ayam masak merah perasa magi tu, buh santan sikit, bubuh ayam, bubuh kacang pis (instruction suruh bubuh 1/3 cawan je, tapi aku bubuh dekat 1/2 cawan...terlebih sudah, takpe, ni resepi aku).
Aku tidur pada pukul 12.40 awal pagi tadi, bangun pukul 4.50pagi untuk bersahur ayam masak merah yang terlebih kacang pis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan