Rabu, 4 Ogos 2010

Beijing Part 1

Aku yang kepeningan. Adik sebok nak tangkap gambo.

Sesampai je kat airport Beijing. Kat depan aku tu passenger dari Korea. Hi Sir, I like your Korean drama, the last drama I watched is The Great Expectation.


Our first dinner. Dah habis baru teringat nak snap. Sayur tiga suku pinggan tak habis makan. Lain-lain tu stir fried. Ikan tu banyak tulang.


Aku telah selamat menjejakkan kaki di Malaysia bumi bertuah pada Isnin lepas 2/8/2010. Maka sebelum aku lupa, aku nak ceritakan kembali detik-detik adik dan aku berlepas ke Beijing pada 29hb Julai lepas.






Pagi hari Khamis, adik kejutkan aku pukul 5 pagi yang sebelum tu memang dah jaga sebab tak berapa lena tidur. Senang aje nak berak pagi tu sebab aku bantai minum air bergelen-gelen dan makan fibre. Pukul 6, Izan dan Nad hantar adik dan aku ke KLIA. Adik bawak keta macam pelesit. Sampai kat KLIA pukul 7, strap beg ($10 1 beg), check-in. Breakfast. Aku makan roti pisang sebab aku tau kat Beijing takde benda ni. Izan makan kuetiow, Nad makan nasi goreng, adik makan roti canai kosong. Kencing siap-siap. Hasly janji nak jumpa balik pukul 7.45am di tempat yang sama. Tapi bila kami pegi balik, tengok Hasly takde. Aku call, dia kata kat toilet. Tak lama lepas tu, adik pulak call, dia kata apa ntah. Dah sampai announcer tu kata final call, masih tak nampak lubang idung. Pukul 8.20, aku nampak kelibat dia tergesa-gesa pegi mana ntah, tak sempat aku nak kejar. Adik dan aku tunggu kat eskalator departure tu, tak jugak tiba. Sampai dah 8.30 baru dia datang bawak boarding pass. Kami pun terus je lah masuk ke balai berlepas tanpa cakap banyak. Cakap banyak pun tak guna sebab dah rasa hanginn je. Aku check pasport tengok, visa untuk umrah takde pun. Aku call dia, dia boleh blame aku balik sebab tak readykan next of kin tu, tapi hari tu dia jugak cakap benda tu boleh settle. Heiii....eh eh, dah melarat pulak cerita nak ke Beijing ni dengan kehanginan aku. Ok lah, maka aku pun duduk sebelah adik. Dekat dengan sayap. Tempat duduk adik tak boleh laras, jadi dia tukar dengan aku lepas 3 jam pertama. Makan atas flight pada aku best la, sebab pagi tadi breakfast awal, jadi aku kelaparan. Free flow juice. Boleh kata mewah la. Sebab aku masih kenyang pun, datang jugak dia bawak kacang. Movie on board aku tak berapa tengok sebab aku dah mengantuk. Pukul 3 petang sampai Beijing. Alhamdulillah, takde apa-apa kes, walaupun cek kastam tu lama jugak, tak selancar masa kat KLIA tadi. Masa aku dengan adik keluar je, kami ditegur oleh seorang tour guide cina yang pandai cakap melayu, tapi dia bukan tour guide kami. Dia kenal tour guide kami tu, dia call. Tak lama lepas tu datang la tour guide kami yang bercakap english pun pelat, namanya Cin Cin. Drebar Mr Tang, langsung sepatah haram tak tau cakap english. Cuaca agak panas dan berjerebu, malah cuaca panas kat Malaysia pun tak sepanas macam kat Beijing. Kami dibawa ke capital city (airport dia jauh jugak dari city centre), terus untuk dinner di sebuah restoran cina muslim. Nama je restoran muslim, tapi kat kaunter tu ada jugak Nanjing Beer aku tengok. Lepas dinner pegi check in hotel, Long Ding Hua. Kena bayar deposit 200 yuan. Sebelum-sebelum ni kami jenjalan ke Bali ke, Bandung ke, Jakarta ke, deposit-deposit ni takde pun. Ni mintak deposit pulak? Agaknya memang tipikal hotel kat sana macam tu...Sampai kat bilik hotel, bukak tv dia, takde la macam siaran tv kita kat sini, at least ada english speaking ke kan, ni semua bahasa dia je. Maka kebosanan la kami menengok kartun cina yang tak de alih bahasa. Tidur pukul 9 malam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan