Rabu, 18 Ogos 2010

Kehampaan yang bersangatan

Ingat tak aku pernah ceritakan pasal abah rasa macam tak sedap hati pasal trip umrah tu? Haa.. memang la iye, orang tua tua punya firasat ni sangat la kuat. Sehari sebelum kami dijadualkan berlepas ke Jeddah, aku call si penipu durjana untuk bertanya pukul berapa nak berkumpul kat KLIA, bukan untuk bertanya dah setel ke tidak atau dapat ke tidak visa aku. Sebab masa aku call tu, dalam kepala otak minda aku dah cakap, sure dapat pergi punya, saja je call ni nak tanya pukul berapa nak jumpa kat KLIA. Dua kali aku call, tak berjawap. Dah beberapa minit, penipu durjana call aku balik, dengan takde langsung nada bersalah, kata visa aku tak diluluskan dek kedutaan Arab Saudi. Alasan tak diluluskan ialah kerana aku tak submit i.c dan surat beranak waris lelaki kat Malaysia. Ituuu alasannya. Dah tu aku tanya balik, hari tu engko cakap boleh setel dengan surat sumpah? Dia cakap kedutaan Arab Saudi tak lulus last minute (hah..macam engko jugak la penipu durjana, buat kerja last minute). Dia kata salah satu dari tempat yang paling susah nak dapat visa ialah Arab Saudi. Iye la tu. Dalam hati aku kata, memang tak boleh harap penipu durjana ni. Dia kasi 2 option, either aku submit option waris lelaki punya ic dan surat beranak, in 2,3 days time, dapat visa; atau dia refund balik dan cancel terus. Aku fikir, kalau option waris tu, ok jugak, at least cuti aku ada extra 2,3 hari. So aku cakap option waris ic dan surat beranak. Aku call adik mintak tolong dapatkan ic dan surat beranak Alang Kecik. Adik said ok. Aku call mak dengan abah, abah kata ok la try Alang Kecik. Tapi dalam pada tu pun, apsal aku rasa macam tak sedap hati ni...dalam pada hati aku tengah tak sedap tu, Abah call balik, cakap refund aje, sebab dia pun dah rasa macam tak sedap hati. Aku call balik penipu durjana, bagitau refund aje lah duit tu. Maybe this time takde rezeki (dengan nada ok lagi time ni...sebab aku belum meletup). Dia cakap nanti dia kasi cek. Aku mintak sekali kad suntikan, gambar dengan pasport. Gambar dia cakap susah sikit nak dapat, tapi yang lain2 tu dia boleh kasi. Aku call Yong, bagitau umrah cancel. Yong kasi nombor kedutaan Arab Saudi, aku pun call. Tapi masuk dalam voice mail. Eh...macam mana baru hari ni penipu durjana baru bagitau kata visa tak lulus, sedangkan embassy dia pun cuti hari ni?? Lagi la hati aku tak sedap. Berapa banyak kali aku call, memang tak dapat. Aku call kengkawan yang dah pegi umrah dan haji, diorang cakap even perempuan yang single, husband dia tak nak pegi haji pun, pempuan tu ikut kawan dia yang bawak suami sama pun takde pulak susah nak dapat visa, tu haji tu, kurang kurang satu bulan. Ni pulak umrah yang takat 2 minggu je, takkan susah benor nak dapat visa. Hmm..dalam kepala otak aku, memang sah aku dah diperkotak-katikkan oleh penipu durjana. Aku ni macam tak serik-serik kena tembelang dengan dia time nak pegi Beijing dulu. Tapi apa nak dikata, dah terlambat. Petang tu aku kemas beg, balik Air Tawar. Sesampai je kat rumah, aku tengok mak tengah baring depan tv. Dari riak air muka dia, aku tau dia sangat sangat hampa. Ye lah, ada banyak benda dia nak doa kat Mekah tu, aku tau sangat. Dengan aku yang tak kawin-kawin nya sampai sekarang, dengan adik aku yang kawin dua kali tu, dah tu tak nak balik kampung. Mak dengan abah, makin lama bukannya makin muda, entah sihat ke tidak kalau nak tunggu lagi. Mak sempat beli beg baru lagi nak pegi umrah tu. Abah aku tengok takde la frust sangat, tapi dia risau kot penipu durjana tu tak refund balik duit kami. Adala dalam RM20070... Huh. Tamat kisah hari Jumaat.
Hari Sabtu pulak, aku bawak mak pegi makan nasi lemak kat depan petronas tu, on the way masa nak pegi ke lambak Bota. Mak cakap at least bila dia tak nampak beg depan mata dia, kurang la rasa hampa tu. Kat lambak Bota, mak beli ikan puyu 6 ekor. Ikan patin sekor. Balik rumah, masak tempoyak. Petangnya tu kami memerun daun-daun kat belakang rumah. Wahhh...syoknya tengok api naik menjulang ke udara. Kalau la aku boleh bakar hidup-hidup penipu durjana dalam api menjulang tu, aku rasa puas hati aku. Haaa....datang dah evil mode aku tu. Malamnya tu pulak, aku sms lagi penipu durjana untuk mengingatkan dia, benda benda yang sepatutnya dipulangkan kepada kami tiga beranak, yang sememangnya hak kami. Tapi as usual la, takde reply. Abah cuba call guna handphone dia sendiri, dan jugak guna handphone mak, tapi takde berjawap. Malam minggu, gamaknya sebok kot. Tak tau la, orang kalau tak rasa bersalah memang macam tu la. Tamat kisah hari Sabtu.
Hari Ahad, Nyah sekeluarga datang makan tengahari. Petang depa balik. Aku pulak yang rasa macam takde mood nak balik Ipoh, so mak cakap aku balik esok je la. Petangnya tu kami pegi ke lambak Sri Manjung yang dekat Giant tu. Berjalan-jalan menghabiskan duit minyak kancil ni syok jugak. Haaa..Dah dekat magrib baru kami balik. Malam tu, aku sms lagi msg yang sama aku hantar pada penipu durjana. Tak lama lepas tu penipu durjana call aku. Aku tak ingat part mana aku start menaikkan suara, sebab aku dah marah sangat. Berlakulah perang mulut. Antaranya yang aku ingat:
Aku cakap: Kalau nombor talipon yang tertera kat program tu, bila saya dail, dia cakap " nombor yang anda dail telah ditamatkan perkhidmatan", nampak dah awak tak bagitau kami hal yang sebetulnya, awak menipu kami.
Penipu durjana cakap: Itu seolah-olah macam awak tak percaya pada saya.
Aku cakap: Memang saya tak percaya dengan awak. Hari tu sebelum saya nak pegi Beijing, awak cakap visa tu dah ada, tinggal nak lekat aje. Alih-alih last minit awak cakap tak diluluskan. Awak tau tak awak dah menghampakan keluarga saya!
Penipu durjana cakap: (tanpa menunggu aku habis cakap, dia dah cakap): Awak tak tau, nak dapat visa Arab Saudi memang susah...bla bla bla...yang awak nak marah ni apa pasal?
Aku pun apa lagi sebelum dia habiskan ayat dia aku cakap: Itu seribu satu alasan awak. What do you expect me to feel, after awak hampakan kami macam ni?
Penipu durjana cakap: Saya cuma nak tolong aje (dia dah tinggi gak suara).
Aku: Kalau nak tolong bukan macam ni .
Dan ayat dia yang membuatkan aku rasa darah aku at boiling point ialah waktu dia cakap ni:
Penipu durjana: Patut la awak tak dapat pegi umrah. Awak tak cukup sabar.
Aku: And who are you to judge me whether saya layak atau tidak nak pegi umrah? Who are you?
Dan ayat-ayat lain tu, aku dah malas nak type semua. Buat penat aje jari ni. Apa pun, kisah tu dah berlaku seminggu lebih dah. Pasport, kad suntikan dah dapat. Gambar memang tak dapat. Cek tu, menerusi sms yang penipu durjana kasi kat adik, cuma boleh di bank in pada hari Rabu (hari ni), kalau bank in awal sangat, takut takde duit. Hah...kompeni kecik, memang macam tu la. Duit pun takde. Jadi pagi ni tadi, aku dah bank in kan duit tu. Aku cakap dengan kakak kat kaunter tu, camana cara saya nak tau ni cek tendang ke tidak? Kakak tu cakap, dalam 3 hari lagi, aku kena periksa kat atm. Kalau katakan itu cek tendang, bank akan contact. Jadi, aku tunggu je le...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan