Megacode aku ok dan lancar. Tapi bila part bertulis, berasa down gila babi setelah mendapat tau aku tak lepas untuk multiple choice question untuk ALCS. Kursus tu berlangsung selama 2 hari. Hari kedua exam, habis semua aktiviti pukul 12.30pm. Lepas makan tengahari, aku balik department nak validate semua report. Memang takde mood lah nak sambung kerja tu. Datang sorang m.o aku yang baru lepas kawin tu, heran kenapa aku masih ada kat department, sedangkan patutnya aku balik aje, memandangkan 2 hari aku patut berkursus. Adik aku pulak cakap, kalau dia jadi aku, dia pergi main bowling. Lepas solat zuhur, dengan rasa bersalah sikit aje, aku keluar ofis. Pergi setel bil kejap. Kemudian beli tiket cerita "Chantek". Aku rasa jalan cerita dia biasa-biasa aje lah. Habis tengok wayang (yang mana dalam panggung tu cuma ada 7 orang aje, selainnya kerusi kosong), aku carbo-loading jap dengan yogurt cheese cake. Dan seterusnya dip in the pool. Wahh... this time the breast stroke does not hurt my arms anymore. With proper techniques, it feels sleek and smooth. Yeahh..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan