Aku dah siapkan baju kurung yang ke 4 semenjak belajar dengan Mr Chee dan Mrs Monday membuat baju kurung pada akhir tahun lepas. Bezanya, kali ni aku buat baju kurung dengan kain licin, sementara baju kurung pertama, kedua dan ketiga dengan kain cotton. Jadi sangat banyak beza. Pertama, kain yang licin agak susah untuk dipotong dan ditanda dengan kapur, sebab dia asik nak bergerak-gerak. Kedua, kain yang dah dipotong kena hantar untuk jahit tepi, tapi kalau dia termakan banyak masa jahit tepi tu, habis la, baju jadi lebih kecik dari saiz asal. Ketiga, nak jahit agak susah juga sebab dia licin. Ada sekali tu, kain tu termasuk ke celah-celah pusingan roda pengayuh tu, suspen aku menarik kain tu pelan-pelan, mana tau kot terkoyak pulak susah aku nak mencari lagi kain tu kat kedai. Hari Sabtu dari pagi sampai ke malam telah aku habiskan untuk menjahit, sampai aku tak keluar dari rumah. Malam tu pun, aku menjahit juga, dan cuma berhenti bila aku rasa penat mata dan banyak jahitan aku dah jadi tak kemas. Tapi tu la habit aku yang tak baik, bila dah suka sangat menjahit, kalau boleh aku nak habiskan jugak. Ahad tu, aku habiskan dan menjahit silang, jahit butang dan hook. Dan hari Ahad juga baju kurung tu siap!
Adik datang rumah aku hari ni. Dia bawak buku ACLS di mana aku perlukan buku tu untuk kursus ACLS tu 21, 22 hb Februari ni. Tengahari order pizza sebab aku malas masak. Petang pergi membaling bola. Haaa...dari 3 game tu, 2 kali je aku strike. Selebihnya aku tak strike, tapi sekurang-kurangnya improved berbanding permainan boling sebelum ni. Adik cakap lane tu tak rata, tu pasal bola tu nak ke kanan aje. Hmmm..bola yang aku baling bukan aje nak ke kanan, tapi kengkadang pergi jugak ke kiri. Jadi aku kira, peribahasa yang paling best untuk menceritakan statement adik ialah "Tak pandai menari salahkan lantai tinggi rendah..."

Tiada ulasan:
Catat Ulasan