Bila meja aku bersih sampai satu tray slide pun tak ada, aku tak tau nak buat apa lagi melainkan pergi berjalan-jalan dan mencari pasal.
Pasal 1
Mrs Bootlicker tanya aku nak tak pergi kursus ALS. Aku cakap boleh jugak. Err...tapi kursus bukan kursus aje, ada sekali dengan exam. Maka aku menalipon pada sorang nurse kat ICU, boleh ke aku dapatkan buku rujukan sebelum pergi kursus? Dia kata, datang le kat ICU. Bila aku yang konon-kononnya sihat tubuh badan ni menaiki tangga (instead of using the lift) ke tingkat 3 di mana terletaknya ICU, aku diberitahu oleh Sister Noor yang buku tu tak de. Nanti next Monday ye, katanya...
Maka aku pun turun tangga balik ke department aku dengan hati yang hampa. Tapi tak mengapa, aku mesti study jugak ECG tu demi memastikan kejayaan yang cemerlang, terbilang dan gemilang. Hehehe..
Pasal 2
Aku nampak satu circular atas meja untuk dibaca dan ditandatangan lepas dibaca dan dipasskan kepada next pakar untuk dibaca dan suka ati dia la nak buat apa. Mengikut circular tu, setiap pakar akan dihantar ke hospital di Sabah Sarawak selama minimum 6 bulan, sebab kesian kat orang Sabah Sarawak tau, dah la depa duduk di pedalaman, dah tu tak cukup pakar pulak tu. Pulak tu, ramai orang Sabah Sarawak yang tak nak jadi doktor pakar, diorang lagi suka kerja yang membawa kekayaan melimpah ruah seperti tokey balak ke, tokey pembinaan ke (macam anak makcik nurjannah). Hehe...statement ni aku melawak je. I hope whoever from Sabah Sarawak yang terbaca blog aku yang merapu ni jangan ambik hati ye. Jadi ikutkan circular, setiap pakar akan merasa untuk kerja kat sana. Aku no hal. Asalkan ada tempat tinggal, benda halal untuk makan, ok je.
Aku sign circular tu dan pass pada Puan Polycystic Ovary.
Pasal 3
Benda ni berlaku semalam. (Khamis) Aku telah mengcourierkan kepada anak makcik nurjannah benda-benda berikut:
a) Seekor anak patung beruang coklat untuk Amira.
b) Seekor panda gemuk memeluk seekor panda kecik untuk anak makcik nurjannah.
c) Kain serban petak-petak untuk anak makcik nurjannah.
d) Dan sejumlah duit yang aku malas nak bagitau jumlah sebab sikit sangat.. Dan aku nak mintak anak makcik nurjannah belikan aku terubuk masin dan tebaloi. Aku nak tengok, dia nak tak jumpa aku masa aku ke sana nanti.
Memang aku saja cari pasal kan...tentang pasal yang 3 ni...
Bukan Pasal
Masuk kali ke 2 aku belajar dengan Mr Loo Hoong, aku dah boleh free style (fuhhh....tepuk tangan untuk diri sendiri) setengah pool. Walaupun adakalanya aku tertelan air kolam tu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan