Macam semalam, aku sampai di tempat kursus sama dengan Dr Hakimah dan Ze Bozz. Kali ini, aku pilih tempat yang agak depan sikit berbanding semalam. Sebab kadang-kadang aku rasa penglihatan aku jadi blur. Malangnya orang yang duduk di depan meja aku ni, iaitu seorang pakar dari Tengganu, sangatlah suka mengambik gambar dengan menggunakan tablet nya yang kecik sikit dari tablet samsung aku. Aku rasa rimas lah. Kengkadang aku rasa, image yang dia tunjuk kat screen tu ada dalam power point presentation yang dia akan email nanti. So, why bother to snap the image, when you can get it through email later?Kau ingat aku suka sangat ke bila kau hadang pemandangan aku dengan tablet kau tu? Kau ingat aku nak sangat ke mengintai kau pakai tablet ke ipad mahal ke apa? Kau memang suka menyemakkan pemandangan aku je. Eishh...rimas rimas!
Waktu tea break, aku cuba dengan sepenuh hati untuk mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit. Maklumlah, tadi breakfast kat Pan Pac aku dah makan banyak gila. Bila aku letak seketul kuih je dalam pinggan aku, tetiba si Mohar yang mengambik kopi sebelum aku tanya, eh cukup ke tu? Aku kata cukup le, tadi dah makan banyak. Tapi dalam hati aku kata, kang aku makan banyak, jadi gemuk pulak. Dah la pathologists ni ramai yang bongkok. Bontot lak besar besar. Perut kang nampak buncit. Haaa.. tak ke buruk rupanya tu?
Lepas habis kursus, Ani hantar aku balik. Sesampai je di bilik hotel, aku tukar baju dan terus masuk kolam. Waa...puas berendam kat swimming pool Pan Pac JB. Aku tengok manusia yang duduk kat tepi-tepi pool tu lebih ramai yang mengadap handphone masing-masing, sambil senyum sorang. Selfie kot? Selfie tidak akan mengeluarkan peluh ye.
Malam aku order room service. Di luar sana, ada orkestra cina sedang mengalunkan lagu-lagu yang aku tak paham. Pan Pac JB ni sangat dekat lokasinya dengan kuil cina. Jadi sabor je le.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan