Khamis, 3 April 2014

Ke JB

Memulakan perjalanan dengan menaiki ETS dari Ipoh, tiba di KL Sentral pukul 12.35pm. Terus berjalan laju-laju ke kaunter untuk drop bag. Aku rimas nak naik ERL dengan membawa beg besar. Kalau ikutkan hati memang tak mau bawak beg, tapi bag pack mesti la ada pada aku kan, kalau tidak mana pulak nak letak purse dengan handphone. Aku phobia nak bawak handbag kalau travel jauh-jauh. Tak la jauh mana, tapi Ipoh ke JB tu kira jauh. Dah drop bag, aku terus melompat masuk ke ERL. Sampai di KLIA sekitar pukul 1.30pm. Isi perut dulu. Nasi separuh, ikan patin masak lemak tak besar mana, sayur bayam dan tempe. Harga $12. Global price hike kot?

Lepas makan, ada pulak yang suruh aku tunggu jap kat depan balai berlepas tu sebab nak bagi souvenir, katanya dia dah beli lama dah, tapi tak sempat nak bagi. Pukul 2.15pm aku tak nampak lagi batang idung dia. Pukul 2.30pm baru la aku nampak bayang dia. Aku cakap tak payah la bagi beg kertas tu, kasi isi dia je. Dah aku salam salam, check hand luggage. Dalam keadaan berlari lari anak menuju ke gate A10. Hambik kau....hujung dunia tu. Sempat juga aku masuk tandas dalam pada tu. Alhamdulillah, pukul 2.45pm aku dah selamat masuk plane.

Dalam plane aku diapit oleh dua orang pakcik. Sorang banyak menghabiskan masa membaca. Sorang lagi menemankan chief minister. Dia siap tukar tempat duduk dengan pakcik yang rajin membaca tu sebab nak pastikan chief minister berada di depan mata dia. Aku mula-mula tak paham kenapa dia tak mau duduk kat tepi tingkap, siap tanya...u memang takut duduk tepi tingkap ke?

Sampai di JB tepat pukul 3.45pm. Masa nak ambik beg, aku jumpa Nora. Maka berkawan kawan le kami dalam mencari teksi. Sampai hotel, check in pukul 4.30pm. Aku terbaca message dari Kak Aida yang berbunyi...

Salam nurul. Sori esok akak x boleh ambik. Nurul naik taxi ya

To which I reply, ok.

Aku tak la marah, cuma ada sikit rasa terkilan. Hari tu bukan main beria dia mengajak aku tidur kat rumah dia, aku kata tak payah la, kang susah pulak, maklumla dia organiser. Aku cuma minta dia ambik aku dari hotel ke tempat kursus pagi tu (bukan ambik dari airport petang tu pun...)sebab aku tak sure kat tempat mana event tu berlangsung. Aku ingatkan Monash University tu besar macam UM. Tiba-tiba dapat pulak message macam ni...well..aku tak marah, cuma macam aku katakan tadi...terkilan.

Moral dari cerita ini ialah jangan terlalu berharap pada orang. Jangan expect orang akan balas budi baik kau. Dan jangan ambik pot lagi dah dengan dia ni lepas ni sebab buat macam ni.

Tetiba aku terkenang, masa zaman master student, waktu dia nak siapkan tesis dia, dia mintak aku tolong dia bawak ke kedai book binder tu. Aku ikut, bawak dengan kereta aku. Dia mintak aku hantarkan jubah lepas konvokesyen dia. Aku tolong hantarkan, tanpa meminta sesen pun. Dan sewaktu dia di oversea, dia menangis nangis cerita kes suami dia menghantar email yang orang forward forward tu, punya dia risau husband dia ada affair dengan pempuan lain...aku call dia, aku pujuk dia, bagi dia semangat,  sampai habis lah prepaid dalam phone aku tu..

Kesimpulan dari cerita ini: Manusia berubah. 

Malam, aku order room service. Senang. Mudah. Juga mudah mengabiskan wang. Takpe. Sesekali apa salahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan