Aku rasa macam dah agak lama jugak aku tak dapat nak access internet di rumah. Mungkin dekat nak sebulan kot. Mula-mula aku ingatkan sebab area aku tinggal ni celcom takde coverage. Tapi masa mula-mula aku pindah sini dulu, coverage celcom memang sangat ok. Banyak aje bar dia tu berbanding masa aku duduk di Bercham dulu. Tak logik. Maka aku telah membuang application program broadband tu. Kemudian aku install balik. Haaaaa......baru ada balik. Mungkin ada masuk angin kot pc aku ni...
Minggu ni aku tak balik kampung. Pagi tadi lepas breakfast, aku pegi JJ. Cari beg besar. Nak yang tak sama macam orang lain, maka dengan daringnya aku telah membeli beg yang berwarna merah. Haaa....most of bag kat kaunter bagasi KLIA tu, kalau perati betul-betul, kebanyakan kaler gelap macam biru, hitam ataupun dark brown. Jadi kalau beg aku merah menyala, insyaallah senang aku nak tangkap beg aku nanti bila dia keluar dari pesawat.
Ok, settle bab beg, aku merayau ke Metroplex. Nak cari kain "umrah". Round punya round, takde pun. Kebanyakan kedai kat tingkat dua tu menjual tudung, tak pun blaus, tak pun batik. Aku ada try tanya blaus dia, macam mahal je. Tak jadi rembat blaus. Sebab dah penat, maka tak berbaloi la aku datang situ dan tak beli apa-apa. Jadi aku rembat sehelai tudung syria. Aku call Nyah. Nyah cakap kedai kain ihram tu kat Medan Gopeng. Keluar dari Metroplex, aku pegi Medan Gopeng, tapi aku tak nampak kedai pun. Kereta parking ikut suka hati je kat Medan Gopeng tu. Dengan gelapnya...eiii....aku rasa macam tak selamat je nak park kereta kat Medan Gopeng. Keluar dari situ, entah camana aku masuk simpang, termasuk ke jalan besar balik. Cari U-turn, aku pusing balik pegi area kedai kedai sebelum Medan Gopeng. Jumpa Tabung Haji, sebelah dia ada kedai jual tudung-tudung labuh. Maka berjumpa lah dengan kedai yang menjual kain ihram. Dah aku beli 2 set kain ihram tu, aku call Abah. Abah kata dia nak 1 aje. Laaa....aku kena sedekah la satu set tu pada sesapa nanti...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan