Rabu, 28 Julai 2010

Hari ni 28/7/2010

Susah jugak aku nak melelapkan mata malam tadi memikirkan flight yang kononnya "rescheduled" tapi tak tau la kot dah kena tembelang ke apa. Susah nak masuk dalam kepala otak aku memikirkan betapa senangnya adik dan aku kena tipu (kalau la betul kena tipu) hidup-hidup dengan si penipu durjana tu. Betapa senangnya si penipu durjana mengeluarkan alasan menyalahkan rombongan menteri dan orang kerajaan on board the same flight telah mengenepikan marhaen macam adik dan aku (agaknya si penipu durjana terlupa aku pun orang kerajaan ye?) walhal aku pun kategori kumpulan pengurusan dan professional jugak. Haaah! Mula la aku nak start berlagak sombong tu!

Apa-apapun, breakfast, makan roti canai yang sedap dan crispy kat tingkat bawah. Aku makan sorang je sebab adik menjalankan puasa gantinya hari ni. Lepas tu, aku menalipon si penipu durjana bertanyakan perihal flight ke Beijing. Dia cakap, after office dia akan datang ke rumah adik. Aku sampaikan jugak pesan abah, suruh remind dia pasal trip umrah. Jangan sampai trip umrah pun mengalami nasib kena re-schedule last minute. Abah aku tak suka. Dia pun dah mula rasa tak sedap hati je. Aku remind pasal mak nak kan beg dan kain ihram seperti yang dijanjikan. Dia cakap ok, ok, tapi dia nak settle satu satu. (Alasan nak lambat-lambatkan lagi le tu, tau dah selok belok si penipu durjana). Aku cakap, aku nak tau flight schedule. Dia cakap ok, ok. Tengok la malam ni, betul ok ke atau aku k-o kan kepala otak dia sampai benjol.

Selesai bab menalipon, aku membuang masa dengan baring kat bilik adik. Aku selak buku umrah tu, baca sikit-sikit. Sambil tu tangan aku sebok menghantar sms pada kawan, meng-expresskan rasa hati aku yang tak berapa sedap ni. Tengahari pulak, adik dan aku decide nak tengok wayang. Kami pergi tengok Predator, kat Mines. Cerita yang asik nak mencarut, dan sedikit sebanyak ada propaganda tersendiri, memandangkan semua ada problem masing-masing. Melainkan dua orang, iaitu Royce (mewakilkan seorang amerika) dan Isabelle (mewakilkan seorang yahudi). Sementara seorang doktor digambarkan sebagai orang gila. Nikolai seorang rusai last last mati jugak. Seorang kulit hitam pun mati. Ada sorang yakuza digambarkan mengorbankan diri sendiri dan mati jugak. Aku rasa cerita ni sangat la sadist, tak diterima akal, takde penghujung.

Petang, aku mengupdate blog. Kawan aku call tanya apa dah jadi. Aku cakap macam tu la. Kawan aku remind supaya aku tanya detail pasal contact person. Call contact person kat Beijing tu, di depan si penipu durjana tu jugak. Mana tau entahkan takde contact person, alamatnya stranded la aku kat sana nanti. Lebih baik aku lansung tak payah pegi Beijing dan lebih baik jumpa dia. (Hah... tu dia yang sebenarnya!) Pukul 6.20pm, aku talipon lagi si penipu durjana. Jawapannya, dia akan datang malam. Hah! Malam le pulak. Pagi tadi cakap dia akan datang lepas office. Aku bising gak, kalau boleh aku nak benda ni setel siang hari ni jugak supaya senang untuk aku arrange transport. Dia kata dia yang nak bawak pegi airport esok hari. Aku kata malam aku ada program lain, dia kata dia nak setelkan kerja dia dulu. Aku nak dia setelkan jugak trip umrah tu. Dia insist nak setelkan trip umrah once kami balik dari Beijing.

Abah baru je call aku tadi. Aku dah bagitau apa yang patut aku sound pada si penipu durjana. Abah remind aku supaya tanya pasal contact person, pasal hotel, tanya pasal visa. Make sure stamp visa dah ada kat pasport. Kalau tak mengonyen aje le....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan