Selasa, 27 Julai 2010

Meletoppp!!!

Flight aku sepatutnya pukul 12.20am malam (awal pagi) ni. Tetiba Hasly cakap kena reschedule sebab ada rombongan menteri yang nak naik flight yang sama. Jadi trip nak ke Beijing tu ditunda ke 29 Julai. DUA PULUH SEMBILAN HARIBULAN OK!!! Lojik ke kalau rombongan menteri nak naik yang sama, orang yang dah beli tiket ni boleh main ditolak-tolak gitu hal aje? Ni aku rasa nak meletop ni. Habis, aku yang datang ke KL 27hb petang ni, apa jadahnya aku nak melangut tengok dinding kat rumah adik aku ni? Bagus jugak aku dah ambik cuti sambung dengan cuti nak pegi umrah. Kalau tidak, cuti aku macam mana? Dah pegi 29 Julai, balik Malaysia pulak 2 Ogos. Dah rugi sehari preparation untuk umrah. Sib baik akai aku panjang aku dah habis ganti puasa aku. Adik yang belum habis ganti puasa, macam mana? Aku rasa macam tak lojik je. Tadi aku talipon MAS, tanya boleh tak dia check kan flight ke Beijing, sama ada nama aku ada tersenarai dalam tu. Dia cakap takde. Mungkin sistem tak dapat nak cek sebab pakai nama. Orang MAS tu suruh aku dapatkan e-tiket dari travel agent. Aku talipon Hasly, bak mai sini e-tiket. Dia kata tak boleh nak cek dalam internet, sebab anak dia main broadband, entah letak kat mana. Adakah itu alasan yang masuk akai? Takpe. Mungkin betoi. Tapi, kan, kalau flight aku dah malam ni, tak ke sepatutnya engkau ready kan print siap-siap e-tiket apa semua hari ni, petang ni? Aku suspek mesti ada benda tak kena ni. Kalau tak, takkan la engkau simply boleh main reschedule sesuka hati engkau???

Lagi satu aku risau bab nak pegi umrah ni. Selagi tak dapat tengok e-tiket, selagi tu aku rasa tak yakin dengan si Hasly ni...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan