Khamis, 20 Februari 2014

Angiogram

Aku bergerak dari Grand Season ke IJN berjalan kaki. Jarak adalah sejauh 2.3km kalau dikira ikut application Waze. Aku merentas HKL, lalu ikut depan OPD, yang berhabuk. Macam ada construction dekat kawasan yang dulunya tempat parking terbuka yang macam padang tu. Kawasan yang aku rasa seram sikit adalah selepas melintas dekat kuil Hindu berdekatan dengan pondok polis tu.. Sebab tak banyak kenderaan lalu lalang masa tu. Terpikir kalau aku kena ragut...eish eish eish..
Sampai di IJN, mak belum buat angiogram lagi. Aku tunggu sampai tengahari. Mak aku tengok dah kering sebab kena puasa. Aku mintak dengan nurse tu, boleh tak bagi mak saya minum milo ke makan biskut sikit ke? Ye lah..puasa kalau di bulan puasa tu ada sahur. Ni takde. Jadi nurse pun kasi mak minum dan makan roti. Pukul 2.30pm baru dipanggil untuk buat angiogram. Aku, Ina, Adik pun turut sama turun ke bawah, walaupun tak la masuk dalam bilik procedure.

Sewaktu aku menunggu mak siap untuk angiogram, ada 2 wanita Cina ni menangis teresak-esak. Aku tak paham bijik butir apa yang dia cakap, tapi aku rasa ada sesuatu berita yang menyedihkan la terjadi pada family member dia yang jadi pesakit IJN. Aku tengok pempuan tu nangis, aku pun nangis sama walaupun aku tahan. Eiii...harap-harapnya mak ok.

Sebab tunggu punya lama, aku dan adik naik balik ke wad, tapi tengok-tengok mak tak ada lagi di katil. Ni mesti tak siap lagi la angiogram ni...Lama pulak ye. Dah dekat pukul 5 baru habis. Rupanya salur darah kat tangan tu bengkak (1st attempt), jadi dia kena proceed dengan femoral line.

Dah habis procedure angiogram, aku ikut Adik balik Cheras lepas magrib. Kemudian balik semula ke Grand Season.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan