Kucing
Bulu Sepah dah pandai memanjangkan langkah melawat rumah
ustazah sebelah ni. Ada beberapa kemungkinan yang terpikir dalam kepala aku:
1 Bulu Sepah merasakan ketenangan yang hakiki di
porch kereta ustazah. Maklumlah, aura ustazah mestilah lebih baik dari aura
pathologist yang kerjanya hanyalah mencincang specimen.
2 Dia sudah jatuh cinta dengan Si Demuk pengacau
dan nak duduk dekat sikit dengan di Demuk (rumah Demuk Pengacau adalah di
sebelah rumah ustazah)
3 Ada ramai orang kat rumah ustazah yang boleh
dibuat kawan, walaupun Bulu Sepah hanyalah seekor haiwan berbulu.
4 Bulu Sepah bosan gila duduk rumah aku. Lagipun
tiap kali Bulu Sepah nak asah kuku kat sofa, aku akan heppp kan dia terlebih
dahulu.
Sotong goreng
1 Menggoreng sotong kalau tidak kena gaya, minyak
meletup-letup dan boleh menyebabkan lecur tangan. Cara yang mudah adalah
menggoreng dengan tepung.
2 Pecahkan telur dalam mangkuk.
3 Tambah sedikit bawang putih dan bawang merah
yang ditumbuk.
4 Lumurkan sotong dengan telur yang telah ditambah
bawang.
5 Kemudian salutkan dengan tepung kentucky.
(jangan bancuh tepung dengan air)
6 Goreng dalam kuali yang berisi minyak panas.
7 Jangan lebih dari 2 minit. Kalau tidak sotong
akan jadi keras.
8 Angkat dan tos dengan kertas tissue.
*Gorengan kurang meletup
*Dapur tak la berminyak sangat. Tapi kalau berminyak, mop
kan aje la. Jangan malas mengemas.
Trick memasak makanan laut, memang tak boleh terlebih masa.
Kerana kalau terlama sikit, isi sotong/ udang akan jadi keras. Kalau gigi aku
takpe, masih original. Kalau gigi abah aku…haaa….mau terpelanting.
Komputer
People may say that I am going backward to Stone Age by
choosing desktop rather than opt for light weight and mobile laptop. I have
grown tired of laptop. Laptop is easier to be jammed. (Maybe mine had low RAM).
It feels like typing with a calculator. The screen keeps getting smaller. I am
getting older and need to choose something that suits my aging eyeball.
With the desktop, it feels like a really typing into a
computer rather than a calculator. I choose a bigger screen monitor, but not
the touch screen. Touch screen monitor feels too futuristic for me. Touch
screen phone ok, but not touch screen computer monitor.
So far, I am truly satisfied with what I chose.
Hairan 3 kali
Ada orang tu pergi Bintulu. Kemudian dia balik Semenanjung
secara senyap. Dia menghantar mesej bertanya kenapa saya senyap. Hah? Bukan ke
dia yang mintak saya jangan mesej dia sehinggalah dia mesej saya dulu? Saya pun
hairan. Takpe. Mungkin dia hilang ingatan.
Semasa di Bintulu, dia pergi memancing udang. Patut la tak
mau saya kacau dia. Nanti mengganggu konsentrasi kan. Silap haribulan
terpancing buaya. Dia tunjuk gambar udang kat saya. Kemudian dia kata best
sangat dapat memancing. Tu memang dah hobi dia. Saya diam aje. Pada saya,
memancing adalah hobi yang membuang masa. Lebih baik beli je kat pasar. Tapi
tidak la pulak saya bagitau dia macam tu. Nanti dia kecil hati. Orang yang
badan besar memang senang sangat nak kecik hati. Hairan kali ke 2, kenapa la
buaya di Bintulu tu tak perasan ada rezeki yang kehitam-hitaman dan gebu tengah
memancing ikan sambil berangan. Kemudian dia kata lagi, petua orang
Sarawak memancing di Sarawak, makan pun di Sarawak, tak boleh bawak balik
Semenanjung. Saya hairan buat kali ke 3. Seingat saya, tak de pun saya meminta
dia bawak balik hasil tangkapan udang tu ke Semenanjung. Kata pantun lama…
Pinggan tak retak,
nasi tak dingin, engkau tak nak bawak, aku pun tak hinginnnn.. (mesti
dibaca dengan expression muka yang sinis supaya menepati cerita ini)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan