Ke IJN. Bertolak pagi. Dalam perjalanan, berhenti di Ulu Bernam untuk minum pukul 10.30pagi. Kemudian stop lagi di Hentian Sungai Buluh untuk lunch. Asik berhenti makan je. Walhal masa lunch tu aku tak lapar pun lagi. Tapi aku ingatkan diri sendiri, kalau dah sampai IJN nanti lapar siapa yang susah. Jadi makan siap-siap. Pukul 1.15pm dah sampai IJN. Kena tunggu juga sampai pukul 2.30pm baru orang panggil untuk register masuk. Sebelum tu mak dipanggil ke lab untuk buat pemeriksaan darah. Agaknya tak cukup tekan untuk mengawal pendarahan, dan pada masa yang sama kesan ubat pencair darah yang mak makan, tempat di mana jarum dicucuk untuk pengambilan darah tu telah bleeding profusely. Waahh...aku pun cepat cepat bagitau orang lab, ini tempat sudah berdarah. Sebelum ada pulak manusia yang pengsan kat situ sebab tengok darah tak berhenti. Bukan aku. Tapi orang lain.
Aku tidur di Grand Season malam ni. Sebab kalau aku menemankan mak pun, bukan ada apa aku boleh buat. Waktu yang paling kritikal adalah selepas prosedur, bukan sebelum prosedur..
Aku tidur di Grand Season malam ni. Sebab kalau aku menemankan mak pun, bukan ada apa aku boleh buat. Waktu yang paling kritikal adalah selepas prosedur, bukan sebelum prosedur..
Ramai warga Iran kat Grand Season. Yang perempuan-perempuannya cantik cantik, kulit putih, tapi tak pakai tudung.
Yang lelakinya pulak ..macam ada satu bau yang tak sedap la.. apa benda yang depa makan ni..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan