Jumaat, 7 Februari 2014

Jumaat

Bulu Sepah macam takde selera makan je. Asik nak menggesel-gesel badan dia kat kaki aku. Badan dia tak la demam pun aku rasa. Takde selsema pun. Bila aku usap bulunya, dia macam nak gigit pulak tangan aku. Ni kes rindukan Ekolipat tak? Dia dah tinggal sensorang, makan pun tak lalu. Kalau ada Ekolipat, syok juga nak makan berebut-rebut kan.

Sepahtu jadi juara Maharaja Lawak. Aku tengok sampai habis juga, dalam pada badan aku penat sebab petang tadi aku pegi berenang. Aku rasa lawak kumpulan Shiro pun best juga. Macam kata si Jepp la. Peminat Sepahtu yang sangat luar biasa. Peminat Shiro tetap ada. Cuma malas nak mengundi je. Pasal juri, aku rasa satu silap besar Astro mengambil Luna Maya tu sebagai Juri. Harap lawa aje. Orang suruh bagi komen tentang lawak. Bukannya suruh ucap terimakasih pada pak lawak tu. Kan...dia tak tau nak komen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan