Hari ini selepas bersahur, aku tidur kejap kerana aku rasa macam tak cukup malam sebelumnya sebab aku minum kopi pekat dan susah pulak nak tidur.
Selepas bangun dari tidur aku memulakan menjahit pinggang kain baju kurung aku. Hampir-hampir jari aku cedera kerana dihentam oleh apa nama benda yang memegang jarum mesin jahit itu. Err....menjahit bahagian getah pinggang juga merupakan bab yang agak susah kerana kedua-dua tangan digunakan untuk menarik hujung getah sementara pergerakan mesin hanya dibantu oleh kaki. Haaa.....pakai lagi mesin kayuh kaki. Ada motor untuk digunakan, tapi aku tak nak guna motor sebab aku saja mencari kesusahan. Biar susah dahulu, asal senang kemudian.
Sebenarnya tidak la senang kemudian pun. Kerana bila stress sikit je jerawat akan naik di dagu. Please, please go away...
Dan akhirnya pinggang kain itu siap juga, sekarang cuma mau jahit sembat di tangan, tengkok, bawah baju, hook pada kain. Haaa...90% siap baju raya aku!
Tengahari pukul 1, aku siap menguli tepung. Tepung perlu duduk diam diam sekejap (konon macam eram la tepung yang dah diuli tu) sebab mak aku kata, kalau nak uli pastri, terus goreng, dia takkan jadi sedap sangat. Kena biar seketika.
Dalam keadaan yang tidak mandi kerana aku takut lewat, aku ke kedai pula untuk membeli sardin, bawang besar, kentang. Apa lagi kalau tidak kerana aku nak menyiapkan bahan untuk karipap sardin. Sardin tin besar kalau cap ayam, harga $7.20. Kalau cap adabi, cuma $5.20. Mesti lah aku akan beli buatan Malaysia. (Sardin cap ayam made in siam ok)
Mandi. Solat. Bubuh semua barang dalam bekas tipuware. Zoom balik ke kampung.
Dibantu oleh Anis dan Nyah, maka siap lah karipap sardin. Berbuka dengan havoc dibuat oleh karipap sardin aku. Nyah kata sedap intinya. Aku cakap dengan dia, waktu aku masak inti tu, aku tak rasa pun, semua main agak-agak. Cewah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan