Khamis, 10 Julai 2014

Ketagih caffeine

Malam tadi punya beria-ria buat air soya, buat roti gandum, masak sambal sotong kering yang dah direndam dalam air abu dan menjadi lembut, tapi ketiga-tiga makanan tersebut tidak lah menjadi juadah sewaktu bersahur pagi tadi. Sebaliknya aku telah buat french toast tiga keping beserta dengan nescafe white coffee. Ye, aku dah melanggar pantang aku sendiri. Aku minum balik white coffee walaupun dulu aku ingat aku nak berenti minum kopi. Aku seorang caffeine addict. Tapi ye lah, janji tinggal janji. Aku tak boleh menahan diri dari minum kopi. Oooohhh....tidak....

Teringat masa kat Mekah. Aku tak dapat minum nescafe. Rasanya boleh tahan juga. Tapi bila sampai ke tempat makan, nescafe jugak yang aku tuju.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan