Juadah berbuka adalah pecal (kangkung, togeh, jantung pisang, pucuk ubi) hasil air tangan mak dan udang masak sos yang sangat simple (sebab aku malas nak berdiri lama dekat tungku dapur). Pada aku, masak sendiri adalah lebih bagus kerana rasa yang lebih sedap (ehh..macam puji diri sendiri pulak) , mutu terjamin (sayur tak jadi kuning akibat terlebih masak), serta memastikan peti ais tidak menjadi tempat simpanan makanan yang berlebih akibat tak berapa sedap. Sebab kalau masak sendiri lebih sedap, mesti lah makanan dimakan sampai habis dan takde lebihan. Perasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan