Sabtu, 5 Julai 2014

Kak Pah

Aku masih teringat masa tu aku belum masuk sekolah. Sharifah Aini datang ke Beruas sebab ada acara pentas menyanyi-nyanyi. Aku telah dibawa ke belakang pentas dan berpeluang bersalam dengan Sharifah Aini. Masa tu takde nak tangkap tangkap gambar ke mintak otograph ke. Aku sangat budak-budak dan tak tau apa. Aku cuma suka dengar orang menyanyi. Sebab aku memang suka dengar radio. Masa aku bersalam dengan Sharifah Aini tu, aku rasa tangan dia gebu (almaklum, aku tangan budak-budak mesti lah lebih kecik dari tangan dia).

Itulah pengalaman aku bersalam dengan Sharifah Aini. Aku membesar dengan lagu-lagu dia. Nyah pun menang pertandingan menyanyi masa sekolah rendah sebab menyanyikan lagu Sharifah Aini "Burung Pungguk". Ada beberapa piring hitam (macam CD tapi saiz lagi besar) yang mak abah aku beli sebab minatkan Sharifah Aini. Pendek kata seluruh ahli keluarga minat Kak Pah.

Bila dengar berita Sharifah Aini meninggal dunia hari ni (pukul 1.26 pagi tadi), aku agak terkejut. Memandangkan tak de pulak dengar berita dia sakit sebelum ini. Pada aku, kehilangannya memang sukar dicari ganti. Susah nak cari suara selunak dia. Aku doakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang beriman. Semoga anak lelaki dan saudara maranya tabah menghadapi dugaan. Aku letakkan video klip Sharifah Aini, dengan lagu yang menjadi kegemaran aku sejak dulu lagi.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan