Selasa, 1 Julai 2014

Teringat zulfa masa masak kek

Aku masak kek pisang malam ni. Kat tengah-tengah tu merekah. Bila aku tengok kek yang merekah tu, tetiba aku teringat pada Zulfa. Sebab pernah sekali aku masak cheese cake, kek tu merekah macam ada gempa bumi melanda Khatulistiwa. Aku letak gambar cheese cake yang merekah tu kat facebook, zulfa bagi komen,

kek merekah sebab coefficient of expansion dan contraction dia tak sama ..

Mula-mula aku ingatkan Zulfa bagi jawapan loyar buruk. Tapi bila aku baca balik buku resepi dan forum pasal masak masak kek ni, ternyata jawapan Zulfa tu memang betul. Akibat penurunan suhu yang mendadak, coefficient of expansion and contraction dia jadi tak sama.

General knowledge Zulfa memang best..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan