Rabu, 28 November 2012

Hari 1: Vietnam-Cambodia



Sampai di LCCT pukul 2 petang. Berjumpa dengan geng yang sama berjalan.

Di LCCT:
Pekerja AirAsia di kaunter tu bercakap tanpa senyum, dan nada yang sombong “ Ni kalau nak pegi Indonesia ni, tak lepas, passport kurang dari 6 bulan”.

Amboi.. Mentang mentang rambut kau macam rambut Melly Goeslow.

Dalam hati aku…”amboi sombongnya kau. Dah la sombong, tak pandai baca pulak. Aku bukan nak pegi Indonesia, aku nak pergi Vietnam..”

Moral No.1: Next oversea trip, aku kena renew passport.
Moral No.2: I will try my best to avoid your flight in the future. Staf sombong!
Moral No.3: LCCT sangat sebok. Sangat panas. Sangat ramai orang. Sesak napas aku.

Bertolak dari LCCT menuju ke Tan Son Nhat Airport, Ho Chi Minh City. Aku duduk sebaris dengan Kak Esah. Aku tak dapat nak lelapkan mata. Perjalanan sekejap aje, 1 jam 50 minit. Lebih cepat berbanding KL-Kuching.

Sesampai di airport Vietnam (Ho Chi Minh), kami disambut oleh orang dari Hotel Pink Saigon dengan bas mini, balik ke hotel. Check in. Aku duduk sebilik dengan Kak Esah lagi. Sebelum nak turun makan, Kak Esah membuatkan aku serba salah. Nak tinggal duit dalam bilik hotel? Takut kena curi. Nak bawak semua? Takut kena ragut. Eiiii...dia ni buat aku tak senang duduk. Last nya, aku kata, aku tak bawak semua. Tinggal kat bilik hotel lebih selamat dari kena ragut. Tapi passport aku bawak.

Dinner kat Restoren India. Aku makan nasi goreng Szechuan. Pedas. Risau datang balik penyakit buasir aku. Ayam tandoori Farhana sedap. Will try to avoid makan pedas. Tapi mana aku tau pedas gila macam tu!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan