Selasa, 27 November 2012

Sehari sebelum cuti

Esok nak cuti, hari ni la kes datang berlumba-lumba. Yang Cytology tu pun, bukan tak tau aku nak cuti selama seminggu, bagi jugak FNAC sampai 3 dulang. Mengata dulang, slides yang lebih. Ok...peribahasa yang takde kena mengena. Typist dah balik lepas 5pm. Jadi aku kena taip sendiri kes, nak setelkan jugak. Kalau tak setel, nanti tak syok la bercuti, kemudian ada orang call nak trace result. Tak best. Biarlah bercuti dengan aman dan tenteram.

Aku selongkar meja Makcik Awi. Aku tengok ada satu kes malignant. Alah...specimen yang aku tolong dia gross tu. Radical neck dissection. Memang complicated berbanding kes lain, cumanya kalau kau tau nak ambik section tumour kat mana, margin kat mana, kau play safe.  Previous biopsy di baca oleh Ze Bozz. Hmm...kalau small biopsy aku baca, pandai je MLT pulangkan subsequent big specimen nya tu balik pada aku. Yang ni, tak reti ke depa nak pulangkan pada Ze Bozz? Aku nak bercuti, tak datang ofis selama seminggu. Kes malignant pulak, takkan nak peram seminggu kan. Tinggalkan notis kat meja Makcik Awi, to show the case to the pakar yang tengok the previous small biopsy, i.e the honourable Ze Bozz. 
Sampai rumah, aku kemas beg. Harap-harapnya aku ada kederat nak mengangkat back pack. Bila aku dah pack, aku try angkat kat belakang, rasanya macam lebih ringan berbanding bawak beg yang beroda tu. Tapi sampai berapa lama tahan mengangkat beban kat belakang badan, aku tak pasti. Harap-harap janganlah membuatkan aku menjadi bertambah bongkok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan