Khamis, 8 November 2012

Lampu trafic yang tidak adil

Pagi Rabu dan Khamis, punch card aku merah. Reason?

Pagi Rabu, aku tengok kereta berdedai kat traffic light Taman Meru. Ingatkan ada accident. Tapi bila aku menyelit tukar lane kiri, tengok-tengok takde pun. Wonder kot kot traffic light tu rosak ke? Still menyala aku tengok. Lalu ikut highway, dan sampai ke  ofis pukul 8.11am.

Pagi Khamis (hari ni le) aku keluar rumah 7.25am. Biasanya kalau time macam tu, boleh sampai ofis on time. Tapi kereta masih berbaris panjang depan traffic light. Bila sampai lampu hijau untuk kereta keluar dari Taman Meru, lampu hijau tu menyala sekejap je. Tiba turn aku, lampu tu dah merah. Ok. Fine. Kereta yang menghala masuk terus jalan. Kemudian kereta yang menghala ke arah utara punya turn. Sepatutnya turn aku pulak lepas tu. Tapi entah apa kena trafic light tu, entah. Kereta yang nak masuk ke Taman Meru pulak punya turn. Walhal bukan banyak sangat kereta pun. Jadi aku pun main keluar aje lah dari Taman Meru tak peduli lagi lah pada traffic light. Masa tu dah 7.50am. Something wrong dengan traffic light tu yang membuatkan kereta berbaris di Meru nak keluar. Sampai ofis pukul 8.09am. Cepat 2 minit je dari semalam.

Aku call Balai Polis Jelapang. Masuk kali ke 3 baru nak jawap. Aparaaa...Agaknya kalau ada penjenayah nak masuk rumah, dah habis kena samun baru polis tiba ehh.. Aku bagitau pasal trafic light yang macam gila-gila tu.

Ataupun, ada kemungkinan ke orang yang pandai IT telah menukar lamanya lampu hijau tu demi kesenangan dia...

Punch card aku akan terjamin tidak merah kiranya aku datang kerja dari Air Tawar. How ironic!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan