Hari tu lagi aku dah pesan dengan Gurdeep, jangan hantar frozen hari Jumaat. Tiba-tiba ada geng ENT yang nak menghantar frozen esok. Aku cakap tak boleh, sebab esok semua mau pergi kursus. Dah esok tak boleh, hari ni boleh ke? Aku cakap boleh, tapi sebelum 12 tengahari. Time aku nak sebok-sebok memulakan perjalanan ke tempat kursus, time tu jugak lah kau nak hantar frozen section ye... hahhhh..Nasib baik hantar sebelum pukul 12 tengahari. Kalau lepas 12 tengahari ...aku tak tau lah.
Dah sampai ke Fair Park, tetiba baru teringat laptop aku tertinggal kat bilik ofis. Maka aku buat U-turn dan pegi ambik. Orang tua tua cakap tak elok buat U-turn, tapi kalau tertinggal benda penting...takkan tak nak U-turn? Aku sempat minum, sembang-sembang kejap dengan Mala dan Wong. Kemudian aku gerak ke tempat kursus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan