Isnin, 5 November 2012

Kampung

Balik kampung pada pagi Ahad, lepas balik dari KL (sampai Ipoh hari sabtu, malam) menghadiri meeting yang sangat menyakitkan hati. The word from Dato Chang ("I don't trust the pathologist") sangat sangat terpahat dalam kepala otak aku dan mulai sekarang aku harap satu hari nanti dia akan menyesal mengeluarkan perkataan yang sebegitu bangang. Ok. Stop being emotional.

Pagi ahad, mula-mula aku round keliling taman dengan makcik selang dua buah rumah. Konon nak jogging. Tapi sebenarnya lebih kepada berjalan slow dan bersembang-sembang. What do you expect bila jogging dengan orang yang lebih berusia kan...

Kemudian aku meracun rumput di tepi kawasan rumah. Sejak musim hujan ni, bukan main menjadi-jadi lagi rumput ni naik. Aku semai bijik cabai dalam pasu. Dengan harapan aku tak payah beli cabai lagi. Can get it fresh from the garden.

Balik kampung. Beli lauk kat seri iskandar. Ehh...banyak pulak kedai kat belakang Petronas tu. Kedai makan banyak. Kedai jual tudung, kain ela pun banyak. Aku pun tak pernah perasan ada banyak lagi kedai berlapis-lapis kat belakang tu. Aku cuma round kat tesco je. Takpe, nanti aku round lagi. Sampai kat A.T, makan tengahari. Petang hujan pulak. Jadi aku tak balik Ipoh hari yang sama. 

Pagi Isnin baru balik Ipoh. Mak bekalkan aku dengan nasi, lauk macam satu family boleh makan, dengan sayur segala. 

Ironically, when I go to work, starting from kampung pukul 6.30 pagi, mesti sampai Ipoh awal. Tapi kalau dari Taman Meru, mesti punch card merah. 

Sila lihat post keesokan harinya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan