Jumaat, 2 November 2012

Ratatouile

Tikus Halloween

Petang Khamis aku balik lambat sebab hujan. Aku takut nak drive dalam hujan. Masuk balik ke ofis. Magrib dulu. Masa aku tengah solat tu aku perasan ada benda berbulu-bulu warna hitam merayap dari tong sampah bergerak ke meja komputer. Sembahyang lintang pukang. Kemas apa yang patut. Letak tat nenas kat kertas melekat tu dan letak kat tepi meja.

Pagi ni tadi, bila datang ofis, aku tengok gam dari kertas bersememeh kat atas lantai. Tikus tu dah lari, dari bilik MO ke bilik Mr Ferguson ke bilik pegawai sains.
Kemudian aku tak tau dia lari ke mana sebab aku pergi meeting.
Tikus department aku sangat pandai.
Aku lahir di tahun Tikus. 

Meeting pulak

Aku mewakilkan bos. Sebenarnya ni bukan aje meeting, tapi untuk data verification. Aku sangat rasa bengang. Macam mana aku nak verify data yang aku sendiri tak pasti? Macam mana aku nak tau keluasan square meter department aku? Macam mana nak tau berapa ramai U32 punya nurse yang ada?

Menyampah bila kena jadi wakil orang tapi tak tau nak buat apa.

Sempat mengintai

Kakak yang duduk sebelah aku (dia kerja kat jabatan sumber manusia) pakai handphone samseng. Bila dia slide pada screen, aku nampak ada sorang muka lelaki. Aku syak tu husband dia.

Huhuhh...sangat terharu. Muka tak hensem pun tapi disayangi oleh isterinya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan