Khamis, 29 November 2012

Hari 2: Vietnam-Cambodia


Tiada breakfast. Maka tidak ada rasa nak berak.
Mengangkut semua beg dan naik teksi untuk ke perhentian bas. Menaiki bas untuk ke Phnom Penh. Nama bas The Sinh Tourist.

Adoi...lapar pulak perut ni.
Melalui Bavet (border).
Masuk ke Cambodia. Masa nak baris kat immigration, Nora depan aku. Immigration officer tu tanya Nora, are you tourist? Nora kata, yes. Immigration officer tu mintak 1 dollar each. Ada kawan yang baris kat line lan, tapi tak kena bayar. Immigration officer tu chung cheng chung cheng dengan kawan dia, kemudian dengan muka tak puas hati officer tu lepaskan kami tanpa bayar. Jahat kan …memburukkan nama negara depa je.

Banyak rupanya casino kat Bavet ni…rakyat miskin, tapi casino banyak berlambak, berbaris-baris. Ada satu casino ni namanya Sin City. Haaa…nak tiru Las Vegas la tu. Ni mesti businessmen dari negara lain yang bukak casino-casino tu.

Sepanjang perjalanan, aku rasa rumah-rumah di area perkampungan Cambodia lebih kurang sama je dengan rumah di kampong Malaysia. Cuma di hujung atap tu ada macam tajam mencuit ke atas. Mungkin berfungsi menangkap kilat?

Jalan raya dari border ke Phnom Penh ok lagi.

Tiba di satu tempat, bas kami naik ferry. BAS naik FERRY! Kalau di Malaysia, yang naik ferry tu kereta je. Tahan jugak ferry tu. Takde berdinding pun. Open air je.

Sampai di Phnom Penh lebih kurang pukul 2petang, turun kat stesen bas. Menaiki tuk tuk untuk sampai ke IndoChine Hotel. Aku suspen beg terjatuh masa naik tuk tuk. Tapi Alhamdulillah. Selamat.

Naik tuk tuk memerlukan hati yang tabah. Ditambah pulak dengan beg pack aku yang tak berapa berat, hanya 6 kg je. Nasib baik aku tak bawak beg trolley macam Kak Ermi. Kalau tidak jenuh jugak nak mengangkut beg. Pandai mengimbangkan badan. Dan bila tuk tuk tu pusing, kau pun sama kena pusing untuk mengimbangkan keadaan.

Lepas check in hotel, melawat Killing Field. Tempat di mana pembunuhan beramai-ramai rakyat Cambodia oleh Rejim Pol Pot. Kat tempat tu, ada reminder tak kasi cakap kuat-kuat. Berpakaian kena sopan. Disebabkan kami pergi sendirian berhad, semuanya berpandukan pada audio headphone yang diberi di entrance. Setiap tempat ada nombor dan label, menceritakan tentang bagaimana orang-orang Cambodia yang dibawa ke tempat itu (yang pada asalnya ialah tanah perkuburan Cina), dan dibunuh pada malam hari. Di sekeliling Killing Field, ada kawasan perkampungan petani, tapi petani-petani tu pun tak tau yang berlakunya pembunuhan di situ, disebabkan bunyi kekejaman membunuh tu dibayangi oleh muzik yang memang sengaja dipasang seolah-olah kononnya Pol Pot tu tengah bermesyuarat. Batang pokok nibong digunakan untuk mengelar leher orang. Budak-budak dipegang di bahagian kaki, dan kepala dihempas ke batang pokok. Golongan perempuan dibogel dan dirogol sebelum dibunuh. Sehingga kini, tiap kali hujan turun, akan ada tulang dan gigi yang yang tertanam, akan timbul ke permukaan tanah, seolah-olah roh-roh yang tidak tenang meminta dikebumikan secara aman. Sedih kan..

Balik dari Killing Field, round sekitar Bandar Phnom Penh dengan tuk tuk. Plan asal nak melawat Russian Market dan muzium, tapi tak sempat. Hari tu pulak, ada water festival, jadi jalan di Phnom Penh sangat sesak. Sampai di hotel, ternampak ada satu kedai makan halal yang sederet dengan IndoChine Hotel. Alhamdulillah.

Malam, berjalan kaki di persisiran sungai. Ternampak dengan satu kumpulan remaja tengah menari ramai-ramai. Diorang ni pun demam K-pop nampaknya.

Tidur sebilik dengan Kak Esah (lagi) dan Husni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan