Petang ni cuaca baik. Aku pergi kolam renang dan dapat 10 lap jadi lah. Exercise untuk hari ini. Sebelum tu mata aku rasa kering sebab lama sangat mengadap laptop menyiapkan report NIAQAP. Jadi berenang adalah sukan yang sesuai untuk menghilangkan pedih mata dan kebingaian kepala otak.
Tadi masa kat opis, Dr K bercerita tentang anjing kepada mendiang mak nya yang tak lalu makan semenjak mak nya mati. Kalau selalu tu, dalam masa 5 minit anjing tu akan makan sampai licin, tak kira makan vegetarian sekalipun. Haha...anjing zaman moden dah jadi omnivor. Tapi semalam katanya dia hidangkan nasi ayam depan anjing tu, sikit pun anjing tu tak lalu makan. Anjing pun ada perasaan...
Mengingatkan aku pada si Koko. Koko, walaupun dah tua, kencing merata rata, tapi bila time aku nak balik Ipoh, mesti dia menunjukkan dirinya kat kereta aku.

Esok aku kena present QAP ni masa mesyuarat nanti... Malam ni aku tidur awal sikit dari biasa...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan