Jumaat, 12 April 2013

Random thoughts

Aku rasa laptop masih relevant dalam hidup aku walaupun aku dah ada tablet. Sebabnya:

a.  menaip dengan laptop lagi puas hati. Senang nak undur ke belakang, cuma perlu letak je cursor mouse, dan edit balik apa benda yang dah ditaip. Kalau guna tablet, susah nak undur balik. Kalau buatnya jari kau besor macam jari king kong, nak point balik pada satu-satu huruf tu sangat la payah. Silap-silap terpoint pada huruf lain, dan syok-syok je kau taip tengok-tengok tertambah pada perenggan yang salah. Lebih senang nak edit blog dan justify dengan laptop berbanding tablet. Lebih banyak spelling error bila blogging dengan tablet.

b. Melainkan kalau pakai stylus pen lah. Tu pun aku menyampah jugak pakai pen tu kadang-kadang. Sebab nak keluarkan stylus pen dari tempat persemadian dia tu pun dah terkehel jari aku nak menguis. Mungkin perlu kuku yang panjang. Kuku aku jarang simpan panjang. Ustazah Arifah masa kat MRSM dulu cakap kalau kuku panjang, setan berkumpul kat bawah kuku. Eii...tak mau la setan kumpul kat situ. Cukup cukup la perangai aku yang kadang-kadang macam setan ni. 

c. Tak boleh main Bejeweled Blitz dengan tablet. Dengan laptop boleh. Dengan tablet, aku cuma boleh main Crushed Candy je.

d. Tu pun entah apa silap, agaknya ada synchronizing account antara facebook dengan Crushed candy, membuatkan bila aku nak main Crushed Candy, masa yang sama jugak la facebook tu pun nak log in. Apa jadahnya ni??? Aku rasa system crashed kot masa tu, dia tak boleh nak bezakan aku nak facebook atau main candy. Bongok!

Walaubagaimanapaun, kalau nak check email aku rasa lebih suka pakai tablet.
Nak facebook pun, lebih suka dengan tablet. 
Cuma bila nak menaip mesej atau email dengan tablet, kena lebih berhati-hati.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Apa yang berlaku pada Lt Kol akan aku jadikan pengajaran pada diri aku. Bila dah lama jadi pakar, adakalanya kita menjadi ter over confident. Kadang-kadang tengok slide, description pun cincai je. Faktor dah penat pun ada jugak kot? Ke faktor mata kau dah rabun tahap gaban maka kau malas nak belek-belek slide tu lama-lama under microscope. Harap-harap tak jadi la pada aku, mintak simpang. Lt Kol cakap, dia sorang, kes tak banyak. Jadi kemungkinan untuk melakukan kesilapan tu adalah tinggi. Tapi bila aku fikir balik, Dr Poh pun sorang juga dalam lab dia. Takde sapa pun yang boleh dia tunjuk kes. Cuma beza ialah, kes Dr Poh banyak....gila banyakkkk....hahaa....grossing pun dia buat semua sekali. Langsung takde M.O nak tolong. Malah, masa aku buat locum kat lab dia, memang takde masa langsung aku nak reply sms, berwasap wasap dengan kengkawan. Aku rasa faktor kerja berseorangan tu tak valid sangat lah.Tapi kalau cakap pasal kes tak banyak yang membuatkan high risk untuk berlakunya error, ye...aku sangat setuju. Bila tak banyak kes, kau jadi senang lenang. Bila dah senang lenang, otak jadi malas nak berfikir. Benda yang benign boleh nampak jadi malignant. Bila kes banyak, otak asik pikirrr je. Fisiologi badan kau akan bertindakbalas memberikan respon. Otak pun ligat je lah. Itu hypothesis aku...


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kadang-kadang phone call mungkin mengganggu. Aku cuma tersedar yang panggilan aku tu hanya mengganggu si penerima call bila dia menjawap balik lah. 

Tengah kerja ni...nanti call balik.

Tengah berdepan dengan lawyer.

Mengapa aku tak berfikir sebelum buat call tu ye? Otak aku letak kat lutut agaknya..

Adalah lebih baik sms je, dari membuat panggilan telefon yang mengganggu. Tambah pulak office hour.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mak Dr K meninggal dunia pagi ni tadi. Aku pergi melawat petang tadi, walaupun banyak kerja bertimbun atas meja. Walaupun Dr K tu tak sama unit dengan aku, tapi aku rasa macam tak patut sangat kalau aku tak pergi. Dr K tu rasa macam penyelamat aku kat department tu. Tiap-tiap awal bulan, pada Dr K lah aku mengadap nak sign kat punch card aku yang ada tanda merah-merah tu. Cuma bulan lepas je aku berkelakuan senonoh sikit. Kalau sebelum tu, bila aku rasa demotivated, selamba je aku lewat pergi ofis. Masa aku dan staff lain sampai kat rumah Dr K, dia takde di rumah. Aku tengok adik lelaki dia tengah nangis-nangis kat depan keranda. Bila Dr K sampai, dia cakap, adik lelaki dia tu je sorang yang tak kawin lagi. Mak Dr K selalu suruh dia kawin, dan risaukan adik dia tu yang tak kawin-kawin. Eh ehh....macam aku biasa dengar je cerita parents susah hati anak tak kawin-kawin ni....

Bila balik semula ofis, pakaian aku dah bau kemian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan