Petang ini aku joging selepas hujan turun. Adalah nyaman untuk beriadah di dalam cuaca yang dingin sambil angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Tu pasal aku suka joging di sekitar kawasan rumah aku berbanding padang polo ataupun taman dr senivasagam.
Malam, aku tengok drama Korea That winter, the wind blows..Tiba-tiba aku teringat kisah-kisah lama aku. Pagi hari terakhir aku jumpa dia, di tahun 2010, selepas breakfast sama-sama, kami berpisah selepas dia menerima panggilan telefon untuk bermain golf dengan geng nya, sementara aku pulak nak balik ke ofis. Dia tak mengucapkan selamat tinggal ke apa...dan memang tak de terlintas di hati aku yang itu adalah saat terakhir aku tengok dia.
Bak kata orang putih, the saddest good bye is when you said nothing at all..
Dan air mata pun mencurah lagi..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan