Ahad, 11 Mei 2014

5S

Aktiviti 5S yang dibuat pada hari ini telah membongkar almari dalam bilik yang aku share dengan adik. Dalam almari tersebut, kami telah menjumpai: Baju kurung Yong zaman entah berapa kurun masehi (entahkan anak dia pun tak muat nak pakai baju kurung tu sebab slim sangat). T-shirt yang aku pakai untuk minggu haluan siswa masa nak naik 1st year kat UM (duduk asrama Kinabalu). T-shirt yang Alang kecik bagi (aku memula heran mana pulak dapat Utusan Pearl and Dean punya t-shirt banyak-banyak ni), neck tie adik masa sekolah kat RPS. Track suit yang warna putih tak tau sapa punya. Seluar jeans size 34 (bagi pada Yong sebab masih elok lagi). Seterusnya mengumpul botol-botol mineral kosong, botol air kordial sempena raya tahun lepas, bekas botol plastik liquid pencuci bilik air. Tak lupa juga pelepah daun kelapa yang banyak bersepah di bawah pokok kelapa, yang aku pasti kalau tak di kemaskan, nanti akan jadi tempat ular berlingkar. Dan sayup-sayup api naik tinggi ke udara membakar semua sampah sarap. Dalam pada itu, aku kasihan dengan 3 pasang baju kurung yang masih elok, jadi aku bawak balik ke Ipoh, basuh, dan aku pakai semula, ni tak tau siapa punya. Selagi boleh pakai, aku pakai. Tak baik membazir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan