Khamis, 1 Mei 2014

Selamat Hari Pekerja

Adik sampai awal pagi pukul 12.30 pagi tadi. Izan pun ikut sama. Aku yang bukakkan pintu. Lepas bukak pintu, aku sambung tidur balik sampai pukul 6.45am.

Hari ni Cuti Hari Pekerja. Aku buat waffle dengan periuk waffle ajaib. Sapu dengan peanut butter. Semua orang makan 2 je. Aku je makan 3. 

Bukak suture pada kaki mak. Mula-mula adik bukak. Dah separuh jalan, kaki dia dah lenguh, aku pulak sambung. Masa adik buat, mak takde mengeluh sakit. Tapi masa aku yang buat, mak kata, adoiii kasarnya dr ni. Hehehe...Benda yang sakit macam ni, kena buat cepat supaya cepat ia berlalu. Ada sikit oozing of blood dari celah celah bekas jahit tu. Bila di tekan, oozing tu pun stop.

Nyah sampai tak lama kemudian. Rasa macam ceria pulak rumah aku bila ada orang datang. Bukan selalu rumah aku ni menerima kunjungan orang. Orang yang datang ke rumah membawa rezeki. Tu adik pesan.

Adik dengan aku keluar cari lauk. Kemudian cari sayur bayam kat Mydin untuk dimasak sendiri. Lepas lunch, Abah siap-siap barang, balik Air Tawar. Aku hantar adik dengan Izan naik ETS. Myvi tinggal di rumah aku.

Lepas adik dan Izan naik ETS, aku round kat kedai servis ekon kereta. Tapi aku tengok kedai tu dah takde. Mungkin dia relocate ke tempat lain. Kemudian aku pegi ke Mydin. Cari hanger dan sepit kain. Sesampai di rumah, aku menyapu dan mengemop lantai. Vacuum carpet dalam bilik. Buang semua tahi cicak kat atas lantai. (Adik dengan Abah pun perasan, aku tak mengemop lantai dah lama....) Basuh kain. Basuh alas sofa dan sarung bantal kecik. Ada satu bantal kecik warna coklat ni tak mau bukak zip dia. Ooooo....degil ehh tak mau bukak. Dengan bantal bantal tu sekali aku masukkan ke dalam mesin. Puas hati. Lain kali jangan degil.

Malam aku tidur kepenatan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan