Rabu, 7 Mei 2014

INR, pulut dan training

Mak, abah dan adik bermalam di rumah aku. Tujuan utama untuk check INR mak. Lepas breakfast sebelum aku gerak ke tempat kerja, aku ambik darah. Buh dalam test tube. Label and sealed. Buh dalam plastic carrier. Sesampai di tempat kerja, aku hantar dulu specimen ke kaunter. Settle satu kerja. Result - 3.19. Ok le tu. Continue warfarin 1mg/d.

Pagi tadi, breakfast utama ialah memasak pulut. Tricky sebab kukus. Jadi tak boleh nak agak pulut tu dah lembut dan boleh dimakan ke, atau keras. Lagipun ni kali pertama aku masak pulut. Sebelum ni pernah tengok, tapi takde hands on.Lepas kukus, warna pulut tu akan berubah dari putih menjadi jernih. Akan tetapi jernih sahaja belum tentu pulut tu dah lembut dan boleh dimakan. Part ni le yang aku silap. Aku tengok macam dah jernih, aku keluarkan dari kukus (yang dilapik dengan kain napkin sebab tak nak butir pulut tu jatuh ikut celah-celah lubang pada periuk kukus). Kemudian aku masuk dalam mangkuk. Tuang santan yang telah dicampur dengan sedikit garam. Sedikit demi sedikit. Awal awal memang pulut tu lembut dan sedap untuk dimakan. Aku dah rasa sikit, makan dengan harum manis. Tapi bila pulut sejuk, dia jadi keras. Haiyaaa!! Patut la bila aku balik dari kerja, aku tengok jumlah pulut tu tak berkurang pun. Moral of the story: 1) Kukus biar lama sikit. 2) Mungkin aku patut experiment untuk tanak dulu pulut tu, lepas tu baru dikukus. Disebabkan dari awal lagi aku dah anticipate the glutinous rice won't cook well, jadi aku goreng bihun (ni kira menu kedua). Dan seperti yang dijangka, bihun goreng habis dimakan.

Tengok awan mendung sikit petang ni. Cukup takut kalau tengah jog, tiba-tiba hujan turun dengan lebat sampai aku tak sempat nak bertanggak kat mana-mana (sebab dah berlaku dua kali sebelum ni). Tapi kalau aku tak jog, hujan tak turun, nanti rasa menyesal pulak. Badan dah rasa lemau semacam je. Bulan Jun dah nak join fun run. Dah lama tak exercise. Jadi aku sarung baju cepat-cepat, dan berjoging tempat biasa. Memang ada sikit hujan rintik tapi itu tak melemahkan semangat aku. And the feeling after having a good exercise...priceless!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan