Selasa, 13 Mei 2014

Hari mengemas rumah

Cuti hari Wesak telah digunakan dengan sebaik-baiknya. Awal pagi selepas solat subuh, aku berjogging. Plan awal nak mintak Pakcik Daih potong rumput nampaknya tak jadi sebab dia berada di luar kawasan. Cewahh macam coverage handphone pulak. Breakfast ala kadar. Kemudian menyapu habuk di dalam bilik, di luar bilik, atas bawah. Memberus bilik air. Masukkan baju dalam washing machine. Melipat kain yang 3 kali basuh tu. Menyidai kain. Mengemas coffee table. Aku plan nak ubah sikit perabut tu nanti. Masak untuk lunch, aku goreng ikan, tumis sayur. Petang lepas zohor, mengganti water heater shower aku yang rosak. Memang kebanyakan masa aku mandi isi air dalam baldi, tapi dah datang sakit belakang aku on and off ni, aku rasa perlu juga ada standing shower, dan juga mandi air panas tu rasa best sikit kalau pagi pagi. Dan last sekali aku membasuh kereta. 

Aku bertekad tak mau beli t-shirt lagi. T-shirt dah penuh almari. Tapi kalau ada orang nak bagi, aku ambik je lah.

Dan juga tak mau beli blaus lagi.

Dan tak mau beli pinggan mangkuk lagi.

Dan tupper ware juga. Cukup cukup sudahh.

Kalau nak tambah pun, mungkin aku nak tambah sofa, dengan satu display cabinet. Kalau letak aje barang kecik-kecik ni atas meja, buat menambah habuk je.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan