Hanya kerana menukar saiz font pada komputer, maka akaun administrator telah bertukar menjadi akaun standard. Mula-mula aku heran mana pergi semua document yang aku save. Rupanya akaun tukar. Semua isi dokumen pun tukar. Pengajarannya, tak payah la tukar saiz font suka suka hati lagi.
Aku sebenarnya kalau boleh, biarlah font tu besar sikit. Tak la sakit mata tengok tulisan kecik sangat. Tapi ada kalanya, elok jugak font tu tak besar sangat. Contohnya, macam aku tengah taip blog ni, tiba-tiba ada staf masuk. Haaa....kang terbongkar rahsia aku.
Aku ke Pejabat Pos Besar tadi kerana nak ambik surat register. Masa aku nak keluar dari parking, aku nampak sorang singh ni pergi parking kat tempat Dr K. Aku tau, ni mesti singh ENT yang bercakap eksen dalam telefon tu. Aku nak je sound tadi eiii singh, nape kau parking kat tempat Dr K? Kau pun JUSA, mesti kau ada parking sendiri kan? Nape mesti nak parking tempat orang lain? Tapi aku tak jadi le nak sound dia, sebab masa tu aku nak cepat.
Bila balik semula ke ofis, aku cerita dengan Dr K, singh ENT tu pergi parking kat tempat dia. Dr K cakap, ni bukan kali pertama dia park kat situ. Masa aku cuti lama sebab mak aku admit IJN hari tu, singh tu buat perangai suka park suka ati nenek dia. In fact, he's a trouble maker. Dia lah punca pegawai HR kami yang lemah lembut mintak tukar ke Putra Jaya. Oooo....gitu ceritanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan