Ahad, 4 Mei 2014

Toto, Harum Manis punya pasal

Bangun pagi, siap-siap, terus breakfast. Tak sempat lah nak mencelup badan di kolam renang walaupun baju renang dan gogle aku bawak sama. Breakfast kat hotel, tak rasa macam hotel 4 bintang pun. Nasi goreng dan kuetiow dah habis, masa dah nak akhir breakfast nak minum kopi baru dia nak top up makanan. Makan roti arab dengan kuah kari, dengan bubur nasi. Jus pun tak berapa nak jus. Lepas buang air siap-siap, terus memulakan perjalanan ke Padang Besar. Masa nak guna Waze, aku terlupa nak kuatkan sound dia. Dah nak sampai simpang ke Padang Besar, aku cakap masuk kanan adik. Dah terlepas simpang adik dah bising sebab dia tak dengar sound Waze. Tapi tak mengapa. Rupanya simpang nak ke Padang Besar tu ada banyak. Kalau terlepas simpang, kat depan terus ada simpang lagi. Lagi satu aku perasan, instruction kat Waze tu tak boleh pakai sangat. Ada masanya tengok sign board kat jalan tu lebih reliable. Sampai kat Padang Besar lebih kurang pukul 10.00am. 

Masa nak beli parking tiket, aku cakap dengan adik jaga parking tu, nak beli 2 keping aje. Tapi adik jaga parking kata tak boleh, kena beli 1 buku terus. (kemudian baru aku paham kenapa....nanti aku citer kemudian). Masuk dalam kompleks beli belah, mula-mula niat nak cari Toto Yong aje. Tapi entah macam mana dah rambang mata, berkenan pulak kat blaus. Adik pulak beli t-shirt. Singgah kat kedai beg, adik berkenan pulak nak cari purse tapi takde yang sesuai. Round habis tingkat atas, turun ke bawah. Gerai kacang. Memang takde niat nak beli tapi entah macam mana dia dah offer rasa kacang tanah, biji gajus, terbeli juga...Kemudian singgah kedai jual Toto. Tengok harga murah. Aku pun ambik satu set toto, adik pun beli jugak toto, dengan tilam sama. Hahaha...dah la penuh kat tempat duduk belakang kereta Myvi adik. Tengok jam dah pukul 11.30. Sekarang baru aku paham kenapa adik jaga parking tak mau jual kupon parking tu setakat 2 keping, kerana dia dah paham sangat perangai perempuan, kalau bershopping, paling kurang sejam lebih. Tu pasal dia jual kupon tiket tu satu buku terus. Masa nak beredar dari Padang Besar tu aku tengok kereta yang parking kat belakang kereta kami tu dah kena saman. 

Perjalanan seterusnya kami mencari Harum Manis. Disebabkan kompleks pertanian tu dah direnovate, siap ada bangunan batu 2 tingkat menyebabkan kami telah termiss. Patah belakang balik dan jumpa dengan bangunan pejabat pertanian FAMA. Tengok-tengok tinggal beberapa biji aje Harum Manis, cuma dapat 4 kg aje. Ada satu family yang datang lepas kami beli tu cuma dapat beli beberapa biji aje. Takpe. Alhamdulillah. Ada jugak rezeki. Sempat melepas penat dengan makan pulut mangga dan jus mangga. Wa cakap lu....sedap. Kerana risau terlewat sampai ke Kangar, aku call hotel, cakap kami check out pukul 2. Nanti kami bayar. Dia cakap kena bayar extra $20.

Balik semula ke Kangar. Kemas barang. Check out. Walaupun baru pukul 1.15pm, masa nak check out tu, dia kenakan extra charges $28. Aku tak puas hati tapi malas nak cakap banyak. Adik pun sama tak puas hati sebab kena extra $8. Semalam kata hotel ada promotion, $160. Kalau government rate $168. Lebih baik ambik promotion. Tapi tiba-tiba hari ni dia kenakan extra $8. Adik pun tak cakap banyak. Bayar aje lah $28. Esok-esok jangan datang lagi hotel ni. 

Bye-bye Kangar. Kami pun memulakan perjalanan balik. Menuju Arau. Kemudian masuk ke highway. Di awal perjalanan, tiba-tiba ada road block. Polis tu siap angkat tangan bagi signal, suruh kami ke tepi. Adik dah suspen. Aku cakap ikut je ke tepi. Polis tu mintak lesen adik. Yang kat sebelah passenger, aku turunkan tingkap, dia tanya nak ke mana, dari mana. Aku cakap dari Perak, ni dari Kangar. Polis tanya adik, kerja kat mana. Kemudian dia kata, ni barang banyak beli kat mana. Kami kata beli kat Padang Besar. Dia kata Padang Besar ok. Kami ingatkan dari Siam. Kalau dari Siam kami kena periksa. Ooooo....fuuhhhh legaaaa. Adik cakap berderau darah masa disuruh ke tepi tu. Alhamdulillah, semua ok.

Disebabkan adik dah penat berderau darah, maka aku offer drive. Lagipun aku tak nak la drive lalu kat terowong nanti. Berhenti di RnR Gurun, makan tengahari ikan keli masak kari. Kemudian teruss lagi sehingga berhenti di RnR Semanggol. Kali ni aku pass kunci pada adik. Adik drive sampai lah dengan selamat ke Ipoh.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan