Semalam (Khamis) adalah hari yang memenatkan.
Pukul 10am ada frozen section. Tak complicated sangat. Tapi penantian adalah satu penyiksaan.
Pukul 10.45am ada post mortem. Sebelum tu aku dah tanya pakcik mortuary, boleh tak buat petang pukul 2 lepas aku makan tengahari? Pakcik mortuary cakap tak boleh sebab sudah ada yang menunggu Nak tak nak, aku kena buat juga secepat mungkin.
Pukul 12 patutnya ada meeting. Aku terlibat kerana kes aku yang jadi insiden. Tapi disebabkan masa tu aku masih bersidai di mortuary, maka meeting cancel.
Kemudian aku kena tengok Prem gross specimen. Typical OCD, tak pueh hati aku tengok dia gross, aku ambik pisau dan aku gross sendiri.
Kemudian ada panggilan telefon dari HKL, mintak aku review satu kes Dr D yang buat diagnosis neuroendocrine tumour, tapi dia tak grade tumour. Takde buat Ki-67. Dia cakap nak tunggu Dr D balik dari cuti lama lagi, jadi boleh tak aku tengok? Dengan rasa tak bersalah, aku kata tak boleh sebab "I don't have the credential to do so" . (today I'm a Forensic Pathologist, remember...). Sorry you call me at the wrong time. I had a tiring time at the mortuary earlier. Jadi dengan rasa tak bersalahnya lagi, aku bagi nombor Ze Bozz pada orang HKL tu. Ze Bozz boleh tengok dan review kes ni ye, puan..
Ingat lagi pesan Ze Bozz, "you have to delegate the job". Aku mempraktikkan apa yang disuruh oleh Ze Bozz dengan penuh iltizam.
Hehehe.
In order to be kind to yourself, sometimes you have to be selfish.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan