Khamis, 22 Mei 2014

Roti Wholemeal Taman Meru

Roti belum bakar

Roti sudah terbakar

Ini roti gandum separa dimakan
Bahan-bahannya:

300 g tepung gandum
100 g tepung whole meal
1 sudu besar gula
2 sudu besar marjerin
1 biji telur
230 ml air suam
11 g yis kering

Cara-cara:

Yis dan air suam campur sekali. Biar 2-3 minit.
Tepung gandum, tepung whole meal, gula, marjerin dicampur semua, dalam bekas penguli (gunakan hook). Tambah telur.
Bubuh campuran yis dan air suam. Uli.
Uli sampai tak melekat. Kalau melekat, tambah tepung sikit.
Biarkan di suhu bilik selama 30 minit.
Adunan jadi kembang. Tumbuk dia sekali nak keluarkan udara.
Uli lagi dengan tangan. Bentukkan jadi 4 segi ke, 5 segi ke, buh dalam dulang pembakar. Nak bubuh inti pun boleh. Biarkan lagi 30 minit. Dia akan jadi lagi kembang.
Bakar dengan oven, suhu 180 Celcius, selama 15 ke 20 minit.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan