Jumaat, lepas habis kerja, aku solat Asar. Dan terus cari teksi untuk menuju ke railway station. Dari opis nak ke railway station, aku dikenakan bayaran $10. Train bergerak 6pm on time. Aku duduk sebelah student RCMP. Aku ternampak tiket budak tu yang dia lekat pada seat orang depan tu. Reganya $25. Murah sebab ada special discount untuk student.
Sampai di KL Sentral, Adik ambik aku. Mula-mula plan nak makan di Murni discovery, tapi sebab ramai sangat orang, kami makan kat Taman Tenaga. Aku dan Izan makan kuetiow kungfu, adik makan kuetiow hailam. Campur dengan harga minuman sekali, semuanya $32. Sampai di rumah Adik, lepas mandi solat, aku terus tidur.
Esoknya, Adik dengan aku breakfast dengan Ina kat Rashid Masyor sebelah OCBC. Aku makan bihun soto yang mana kemudiannya aku menyesal sebab mamak mana reti masak soto sejati. Adik makan roti kosong dengan putu mayam, Ina pulak makan roti sardin. Semua berjumlah $15. Ina bawak sekali kuih cheesekut dengan crispy florentine cookies. Harga $45. Crispy florentine cookies ni memang sedap gila lah. Macam tak sedar je bila lepas satu, satu cookies tu masuk dalam mulut.Sementara Adik pulak bagi pulut dan serunding pada Ina.
Tengahari, sebab game akan start pukul 3, jadi Adik nak warm up dan test lane, kami sampai di Mines sekitar pukul 12.30pm. Parking dah mula nak penuh. Aku kata sebelum nak main, Adik kena makan dulu. Kalau tidak takde tenaga macam mana nak baling bola betul-betul. Aku makan tortilla wrap, sementara Adik dengan Izan makan spagheti. Kesemuanya berjumlah $81.
Sementara Adik sebok test lane, aku mencari toilet nak buang air. Tersinggah kat kedai kasut. Aku rasa perlu juga untuk mendapatkan kasut lari yang sesuai. Aku berkenan dengan Adizero Cushion 22. Harga $324. Kalau aku tak lari betul-betul masa Fun Run nanti, tak tau la....(ehhh..dah nama pun Fun Run, bukannya Serious Run). Parking harga $8.
Lepas game, kami singgah kat Sate Willy. $24.
Pagi Ahad, mencari makanan untuk breakfast dan bawa ke rumah Yong. $32.
ETS aku pukul 11 pagi. Sampai Ipoh 1.20pm. Teksi dari railway ke tempat aku letak kereta $15. Aku tanya pemandu teksi kenapa harga tak sama macam dari opis ke railway, $10 je? Dia cakap sebab dia cuma ambik passenger dari railway. Passenger bukan dari railway dia tak ambik. Dia cakap, servis kereta dekat $2000. Aku tak percaya. Mana boleh servis kereta sampai mahal macam tu. Servis honda karat aku pun, paling mahal $800. Ni tipu punya drebar teksi. Lagi, aku tanya kenapa teksi kat Ipoh semuanya buruk-buruk, macam dah boleh hantar ke Kalimuthu besi buruk? Dia kata sebab tuanpunya permit teksi je yang boleh beli teksi baru. Dia cuma drebar aje. Dia boleh pulak salahkan kerajaan sebab tak benarkan pemandu yang beli teksi baru. Helehh....iye ke? Aku tengok gambar tuanpunya permit teksi tu macam muka serupa engkau ke drebar teksi. Geng geng kau jugak kan. Nak salahkan kerajaan konon. Kau tu yang nak ambik untung berlipat kali ganda. Bukan kau heran orang yang naik teksi tu selesa ke tidak kan. Kau boleh pulak suruh aku report pada SPAD, sebab katanya report pada SPAD pun bukan depa boleh buat apa.. Tak pe, aku akan try juga report pada SPAD. ADS 6793.
Campur semua, dengan harga tiket ETS pergi-balik ($50), aku telah menghabiskan $628 dalam masa 3 hari.
Campur semua, dengan harga tiket ETS pergi-balik ($50), aku telah menghabiskan $628 dalam masa 3 hari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan