Khamis, 29 Mei 2014

Cuti Mangkat

Cuti hari ini sempena kemangkatan Sultan Perak yang ke 34.

Pagi aku joging. Kena kejar dengan anjing waktu dah dekat nak sampai ke rumah. Dari mana dia datang aku pun tak tau. Mungkin dia ada menyorok kat mana-mana tapi aku tak nampak.

Kemudian aku ke ofis untuk menghabiskan kerja-kerja yang belum langsai. Validate report semua sekali. Aku pasti Sultan takkan murka dengan orang yang disuruh cuti tapi kerja juga memandangkan service comes first, right..

Pukul 3 petang aku dah lapar, baru mencari nasi. Aku singgah restoran asam pedas yang bersebelahan dengan Nasi Ayam Fuziah. Restoran asam pedas ni baru aje buka.

Selebihnya aku menonton tv tengok Sultan Perak dikebumikan. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang beriman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan