Awal pagi lepas breakfast, aku masak spageti. Untuk bekal lunch. Weekend ni selalunya RnR memang penuh, riuh dan hiruk pikuk. Kemas beg. Kemudian keluar dari rumah pukul 10.30am. Berpeluh jugak aku nak mengeluarkan kereta adik dari porch. Aku try, tapi takut tersenerih pulak. Jadi aku keluarkan kereta aku dulu, letak kat seberang jalan. Kemudian keluarkan kereta adik, letak bawah pokok. Masukkan kereta aku balik, tutup pintu pagar dan ciao.
Mula-mula aku pergi top up kan gas ekon kereta adik. Kemudian buat satu lagi pusingan untuk penuhkan tangki minyak.Tepat 11.20 am aku dah sampai railway station tapi adik tak sampai lagi. Pukul 11.30 am baru nampak kelibat adik. Aku tanya dia nak makan dulu ke nak mandi ke apa, katanya tak payah la. Aku lalu ikut jalan KK, masuk PLUS menghala ke utara. Aku memang phobia nak lalu ikut terowong Menora, jadi selepas masuk highway, aku singgah ke tepi kat pemandangan indah lah kononnya, tukar drebar. Adik drive sampai lah ke RnR Semanggol. Berenti rehat bukak bekal makanan. Hujan mula turun rintik-rintik sewaktu makanan dah masuk perut dan kami nak memulakan perjalanan. Sampai kat area Penang, langit cerah, cuaca panas. Nasib baik sempat top up gas ekon adik, kalau tidak, masak.Terus lagi sampai RnR Gurun. Berenti sebab nak buang air. Di sini aku perhatikan hos air dia tergantung dari atas. Sangat lah sesuai untuk orang-orang yang sangat malas nak menggantung balik hos air dia kat tempat dia. Terus memandu lagi sehingga tiba di Putra Hotel di Kangar sekitar pukul 4pm.
Setiba masuk di bilik hotel, aku terus tidur sebab kepenatan. Walaupun aku tak memandu, tapi disebabkan aku berjaga sepanjang perjalanan, sebab tak nak adik termengantuk tengok aku tidur, tu pasal aku tak tidur. Pukul 5.30pm baru jaga, adik ajak aku makan laksa di Kuala Perlis. Kali ni aku pulak drive. Sesampai di depan hotel Putra Brasmana mengadap laut tu, kami peratikan kereta memang penuh kat tempat parking. Hotel tu setinggi 4 tingkat. Jalan terus lagi ke depan, jem pulak, sebab orang ramai baru balik dari Pulau Langkawi. Pusing lagi sekali, baru dapat masuk tapi tengok-tengok takde pulak parking kat restoran laksa tu, jadi aku main masuk je sampai jalan mati, aku surrender. Kasi kunci pada adik, dia buat 3-point u-turn. Dalam pada tu, adik merungut-rungut. Hahah...susah sikit je aku kasi adik. Lastnya kami park kereta kat jalan besar. Dan terus ke restoran laksa. Laksa memang sedap. Walaupun kuahnya tak la pekat mana, tapi isi ikan dia sangat manis. Mungkin ikan segar.
Beredar dari restoran laksa dan ke gerai mempelam pulak. Beli 2 kilo, dengan kuah rojak, dengan harga $9. Ingat kot malam ni nak menyicah ke. Kemudian dalam pada nak balik ke Kangar, kawan adik call. Ajak makan, tapi sebelum tu jumpa di Kangar Hospital sebelum mengambik sate kat Arau. Sesampai di Kangar Hospital, aku pergi cari toilet dulu sebab nak buang air. Last aku buang air tadi masa kat RnR Gurun. Kawan adik pun sampai. Kawan adik kasi sekotak besar mempelam Sala dan 2 kotak harum manis. Wahahaha......macam nak berniaga pasar malam je. Hampir separuh boot kereta adik penuh dengan mempelam. Kami ke Arau dengan kereta kawan adik tu, mengambik sate. Kemudian ke Kuala Perlis, makan kat gerai Mona. Makanan tiba lewat. Orang ramai sangat. Perut lapar, jadi kami bedal aje. Tengok jam dah pukul 11malam. Balik ke Kangar. Sampai di bilik hotel, niat nak mandi, tapi tengok-tengok towel takde. Call room service. Dalam 15 minit baru towel sampai. Ni hotel 4 bintang ke berbintang bintang ni?? Mandi. Kemudian terus tido.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan