Hari minggu:
Ina dan anak-anak nya ada di kampung weekend yang lepas. Dah balik pun ke KL pagi semalam (Ahad). Aku paham la mak memang akan lebih mengutamakan anak dan cucu-cucunya yang dia jarang jumpa berbanding dengan aku. Tapi....yang membuatkan aku rasa kecik hati sikitttt je ialah bila breakfast pagi semalam, mak bertanya pada Lukman dan Mai, nak tambah lagi nasi lemak ke? Both said no. Mak tanya pada Ina juga soalan yang sama, nak tambah lagi ke? Ina also said no. Walhal masa tu, pinggan ketiga-tiga beranak tu masih ada separuh nasi lemak. Masa tu, aku yang makan dengan piring (piring ye, bukan pinggan!) yang dah kosong, mak tak tanya pun.. Huhuhu... Aku bukan nak tunjuk perasaan ke atau kecik hati, tapi aku habiskan setiap butir nasi yang ada dalam pinggan aku. Sementara pinggan tiga orang beranak itu ada saki baki. Haaa...tengok. Sapa yang membazir. Anyway, good for Lesu sebab itu menjadi rezeki Lesu.
Hari ini:
1. Aku dah ada penyakit lupa. Or my mind is not into it. I almost left Adik register letter that I took while waiting for my number to be called (to buy ETS ticket). Bila aku check balik dekat seat masa menunggu, surat tu takde di situ. Aku balik semula ke kaunter. Haaaa....lega aku bila ternampak envelope putih bertenggek kat atas kaunter (yang pada masa yang sama, ada sorang India pempuan tengah beli tiket). Selamat!!! Ini adalah kerana aku tak bawa beg masa nak beli tiket tu. Semua aku nak pegang di tangan. Akhirnya tercicir. Next time I need to be more careful in the future.
2. Aku dah beli tiket ETS. Pergi je. Balik Adik akan hantar. Ehh...ni dah cakap kat atas tadi.
3. Aku dah register untuk IIR 2014 yang telah ditunda ke 16 November 2014. Jadi, pada 12, 13, 14 November 2014 adalah hari untuk mengambil running bib dan goody bag. T-shirt dah habis. Tak apa lah. From my past experience, the t-shirt that they provided for IIR tend to be short sleeve and almost transparent. Aku lagi selesa pakai tshirt sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan