Khamis, 19 Jun 2014

Puasa ganti

Hari ni aku puasa ganti. Sahur makan 3 keping roti yang disapu dengan peanut butter, nutella dan serunding daging. Aku tak campur la semuanya, tapi aku makan pada kepingan roti yang berasingan. Sepanjang aku di ofis, rasa ok je. Mungkin ada sedikit kemenguapan di pukul 9 masa taklimat KEW-PA. Aku bukan salahkan puasa yang menyebabkan aku menguap. Tapi aku menguap sebab bosan gila.

Anak Cik Amid dapat pergi oversea. Aku mengaku memang aku dengki je bila dengar dia bagitau anak dia nak buat engineering kat oversea. Masa aku lepas SPM dulu, aku memang teringin nak pergi oversea. Tambah pulak ramai kawan-kawan aku pun buat A-level, AAD. Tapi mak aku tak kasi. Ada peluang nak buat subspecialty, aku pulak dah rasa tak berminat sebab aku risau mak aku tak nak makan ubat sebab takde polis sentry want to jaga.

Tak apalah, mungkin rezeki aku di sini. Tak dapat pergi oversea belajar, mungkin aku pergi oversea untuk makan angin. Ahaaa..

Ehh...aku puasa, patutnya tak boleh dengki mendengki ni. Tapi dengki untuk benda kebaikan tak apa. Lagipun tak ada lah sampai aku nak letak katak mati atas meja dia kan..Cik Amid ni aku tak berapa suka sangat. Hari tu masa dia mintak sahkan sijil anak dia, aku mintak dia tolong kutip derma untuk CSR opis. 2 minggu lepas tu, aku tanya, apa jadi dengan kutipan derma? Dengan surat mintak kutipan tu sekali hilang. Kesimpulannya, dia memang tak boleh harap.

Ok. Aku yakin dapat berbuka petang ni dengan Japanese Cheese Cake...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan