Sabtu, 21 Jun 2014

Kuetiow jadi bubur

Aku, kalau ada produk makanan bumiputera berbanding bukan bumi, seboleh-bolehnya aku akan cuba juga beli sebab nak mengelakkan syubahah. Biasanya aku beli kuetiow basah IPK ni, bukan bumi tapi ada tanda halal. Celur dengan air panas untuk buang minyak, dan goreng, ok je. Tapi aku dah terjumpa dengan satu produk kuetiow Makcik Bumi ni, yang mana setelah dicelur dengan air panas, ok lagi sebab dia tercerai sekeping-sekeping. Tapi bila masuk dalam kuali untuk digoreng, dia bertukar menjadi kanji. Agaknya makcik ni guna tepung kanji terlebih untuk buat kuetiow dia agaknya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan